Pages

Saturday, December 31, 2011

Raindrops Keep Falling on My Head



Friday, December 30, 2011

two things people fear ...



There are two things people fear:
Those are death and embarrassment
Those who try to overcome death are just idiots.
But I won’t laugh at those who try to overcome their embarrassment
I like those kinds of idiots.

If you embarrass yourself, you’ll surely grow stronger.

-Sakata Gintoki – Gintama Anime-


Wednesday, December 28, 2011

missing something



At the start, Cinderella and Snow White were both missing something inside.

They lived happily ever after with the prince in the last page, right?

If the princess had everything from the beginning, the story wouldn’t have been able to start.

Only people who are missing something inside can become the main character.

Sunday, August 21, 2011

Muslim itu sifatnya ibarat air


“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih yang selalu menasihati dalam kebenaran dan selalu menasihati dalam kesabaran.” Al-Ashr

Imam Syafie berkata “seandainya manusia memahami ayat ini cukuplah agama ini baginya…” Mengapa?

Kerana ayat ini secara jelas menekankan bahwa kita semua, umat manusia ini berada di dalam kerugian…di dalam kegagalan kecuali 4 golongan sahaja:

1.      orang yang beriman
2.      orang yang beramal soleh
3.      orang yang menasihati dalam kebenaran
4.      orang yang menasihati dalam kesabaran

Surah ini secara nyata menyuruh kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar setiap masa. Meskipun kadang-kadang kita rasa letih sangat dengan aktiviti harian plus nak kena buat amal ibadah lagi bukan setakat yang wajib tapi nak kena tambah dengan yang sunat lagi tapi ingatlah bahwa apa yang kita buat di dunia inilah yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat nanti, sama ada baik atau buruk. Dunia ini dicipta buat manusia, manusia dicipta buat akhirat.

Imam Ahmad pernah ditanya bila seorang muslim itu boleh berehat? Jawabnya setelah menjejakkan kaki ke syurga.

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang yang mengingat Allah dengan orang yang tidak mengingatnya seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.” (HR Bukhari)

Ya, ibarat orang mati, sebab hidupnya seperti mayat hidup yang tidak mampu untuk memberi kontribusi terhadap umat Islam bahkan hanya menyebarkan bau busuk yang merosakkan indahnya Islam itu.

Tetapi sebelum kita boleh menyuruh orang lain melakukan kebaikan kita mestilah memperbaiki diri kita terlebih dahulu.

Subhanallah

Dalam buku Zero to Hero, penulis ada menyebut seorang muslim ini ibarat air. Sifatnya yang suci lagi menyucikan.

Harus menjadi soleh bagi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyolehkan orang lain(yakni memberi manfaat kepada orang lain, menasihati dalam kebenaran dan kesabaran)

“Seorang muslim adalah yang menyelamatkan muslim lain dari kejahatan tangannya dan lisannya.” (HR Muslim) ------ hadis ini menyuruh kita menyucikan diri daripada keburukan kita sendiri.

“Apakah kamu menyuruh orang lain berbuat baik sementara kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu telah membaca al kitab, apakah kamu tidak berfikir?” (Al-Baqarah: 44)

“Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” (As-Saff: 2-3)

Allah marah kalau kita cakap tapi kita yang tak buat perkara tersebut. At least, bila kita nasihatkan orang lain perkara yang kita sendiri tak buat kita kena niatkan dalam hati, “aku nasihat ni untuk diri aku jugak, supaya nanti aku akan ada kekuatan untuk buat benda ni.” sebagai motivasi untuk diri kita sendiri

Dan kita kena ingat kehendak dan kekuatan itu datang daripada Allah. Apabila kita nampak  orang tu buat benda yang tak baik macam tinggal solat, mencuri dan lain-lain lagi, janganlah kita cepat menghukum kerana kadang-kadang ada benda yang diluar kemampuan dan pengetahuan kita. Sesungguhnya hak untuk menghukum itu hanyalah milik Allah.

Kadang-kadang ada kehendak tapi tiada kekuatan nak buat. Kena usaha jugak.

Hasan Al Banna mengingatkan “Perbaikilah dirimu kemudian serulah orang lain kepada kebaikan.” Kerana orang yang tidak memiliki sesuatu, maka ia pun tidak bisa memberikannya kepada orang lain.

Dan bila kita dah berjaya menjadi suci untuk diri kita sendiri, barulah kita boleh menyucikan orang lain yakni memberikan manfaat bagi orang lain.

Contoh mudah, kita buat something agar ada orang yang ikut apa yang kita buat. Sedekah, puasa dan lain-lain lagi.

Rasulullah pernah bersabda lagi, apabila kita melakukan suatu kebaikan dan orang lain mengikutnya, kita akan mendapat pahala sebagaimana orang yang melakukannya.

Sebut tentang sedekah, dalam buku fiqh keutamaan, Yusuf al Qardhawi ada menyebut tentang bagaimana orang Islam berebut-rebut untuk melakukan ibadah haji dan umrah walhal ibadah haji hanya wajib dilakukan sekali saja bagi yang berkemampuan. Lebih elok andai duit yang kita sediakan untuk ibadah umrah itu kita gunakan untuk membantu saudara semuslim kita yang memerlukan. InsyaAllah, keberkatan itu akan lebih besar.

Ada sebuah kisah dimana haji seorang lelaki diterima oleh Allah walaupun dia tidak pernah menunaikan haji hanya kerana disaat dia ingin berangkat untuk melakukan haji dia memilih untuk menyedekahkan duit tersebut kepada jirannya yang tidak memiliki sumber makanan
Oleh itu, marilah kita menjadi seperti air yang sifatnya suci lagi menyucikan.

Setiap umat Islam wajib untuk menegur kesilapan muslim yang lain melalui tangan, lidah maupun hati dan melalui hati itu adalah selemah-lemah iman. Selagi orang tersebut mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengisytiharkan dia keluar dari Islam selagi itu dia masih seorang muslim tak kira berapa banyak dosa sekalipun yang dia lakukan.

Dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda, disaat kita tengah minum arak dan ada orang lain yang nak minum sekali. Wajib bagi kita larang. Dah lepas tanggungjawab kita dekat situ. Kalau tak, diakhirat kita akan ditanya oleh Allah kenapa kita tak larang dia.

Janganlah kita suka melaknat sesama manusia sebab kata ‘laknat’ hanya boleh digunakan untuk makhluk yang memang jelas Allah dah laknat. Macam Iblis Laknatullah, yang secara nyata dilaknat Allah di dalam al-Quran. Sejahat-jahat Bush pun kita tak boleh nak laknat dia sebab kita tak tahu mungkin suatu hari nanti dia akan masuk Islam.


Rujukan: Buku Zero to Hero – Solikhin Abu Izzuddin

Tuesday, August 9, 2011

Kita ni baik ke tak sebenarnya?


So, how to become a good person?

‘baik’, sebuah perkataan yang mungkin nampak simple tapi menyimpan seribu satu makna dan sering saja orang tersalah menafsirnya.

Ada orang cakap orang yang selalu pergi masjid tu baik..ada juga orang cakap orang yang pakai tudung labuh tu baik dan tak kurang juga yang kata yang selalu pakai kopiah tu baik. So, betul ke?

Entahlah, aku sendiri actually tak tahu apa itu ‘baik’ yang sebenar sampailah aku baca novel ‘Versus’ by Hlovate. Selama ni, aku ingat aku dah cukup baik tapi lepas baca novel ni baru aku sedar betapa kerdilnya aku andai hendak dibandingkan dengan definisi ‘baik’ yang digariskan oleh Hlovate.

Menurut apa yang ditulis oleh Hlovate, orang yang betul-betul baik sebenarnya adalah orang yang beriman dengan Allah atau lebih tepat lagi orang yang melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan larangannya “Amar Makruf, Nahi Mungkar”.

Contoh?

So, kalau kita solat full lima waktu but still tak tutup aurat kira tak cukup baik lagi la, begitu juga kalau kita tutup aurat sampai siap pakai stoking dengan purdah bagi perempuan tapi tak solat pun tak cukup baik lagi. Kita kena ingat Islam tak hanya bertiangkan solat tetapi juga ditegakkan oleh hukum-hukum Allah yang lain.

“masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruhnya”  - al baqarah (2:208)

Dalam ayat di atas Allah menegaskan untuk kita melaksanakan dan mengambil Islam secara total not just take a part of it and leave the other. Sebab tu kita kena laksanakan semua yang Allah suruh. Sebagai contoh, kita tak boleh just nak ambil part solat je, tapi tutup aurat kita tak nak buat dan begitu juga kalau kita nak ambil part tutup aurat je tapi part-part yang lain macam solat, baca Quran kita tak nak pulak. So, tak boleh la begitu ye kawan-kawan. Kena buat semua taw!

We must take Islam as the way of life “Addin”.

Selagi kita tak embrace Islam secara total, selagi tu kita tak boleh cakap yang kita ni dah cukup baik. Dan atas dasar ni kita kena timbang diri kita dengan neraca akhirat bukannya pakai neraca dunia, dan jangan pula kita terlampau asyik dengan hukum manusia sampai lupa hukum Allah. Contoh mudah yang kita dapat nampak adalah dalam komuniti Islam kita sendiri. This is a part of Versus that we can use as reference “ Malaysian standard for ‘baik’ is when a girl pakai tudung lepas ke bawah, then pakai long sleeves and stoking”, dan kalau kita renung balik apa yang Hlovate tulis ni memang hakikat yang betul walaupun pahit nak telan. Macam aku sendiri la juga, bila nampak perempuan pakai tudung labuh, baju besar siap ngan stoking lagi mesti takut nak dekat. Sebab apa?. Sebab dalam kepala aku seolah-olah dah di setkan untuk think girl yang macam ni adalah girl yang baik dan orang macam aku mana layak nak bergaul dengan dia. Tapi tak semestinya girl yang macam ni baikkan?. Ada kawan aku cakap member dia pakai tudung labuh tapi suka mencarut, bila dia tanya dekat member dia ni kenapa dia pakai tudung labuh, member dia ni ley pulak selamber je cakap yang dia pakai tudung labuh sebab malas nak jahit bahagian tengah tudung tu. Kalau tudung labuhkan memang dah siap jahit dekat tengah-tengah. Tak, aku tak cakap semua yang pakai tudung labuh camni, just ada segelintir jela. But just remember one thing, nobody is perfect, so before we wanna judge someone we better take a look of ourselves first.

Sebab itu lah kita kena muhasabah diri kita dengan al-Quran dan as-sunnah dan jangan sesekali menjadi insan yang dicorakkan oleh komuniti setempat. Bila orang cakap benda tu baik kita pun ikut jela macam orang bodoh. Kalau kita tengak muda-mudi kita sekarang ni, ramai yang pakai baju ketat-ketat, nampak pusat, berpeleseran siang malam tapi takde orang yang pedulikan sebab benda-benda ni seolah-olah dah jadi norma hidup masyarakat kita. One more thing, jangan pula bila kita baca satu, dua buku agama or bila buat something yang baik je, kita rasa diri kita ni dah hebat. Aku pun 2x5 je. Selalu lepas baca satu buku agama mesti rasa cam hebat je. Ntah pape la kan?. That’s why kita kena tekankan diri kita untuk timbang setiap perbuatan kita pakai neraca akhirat bukan hanya pakai neraca dunia. Titik!

So, kita ni sebenarnya baik ke tak?

Tuesday, August 2, 2011

Bahan Bakar Neraka Itu Dari Yang Kecil



Ada seorang lelaki tua bersama seorang anak kecil. Ketika menyusuri sungai lelaki tua ini terserempak dengan seorang anak kecil sedang berwudhu sambil menangis. Ketika ditanya, “Nak mengapa engkau menangis?” Ia menjawab, “Wahai pak cik, ketika aku membaca al-Quran aku temukan firman Allah “Wahai orang-orang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu…” (At Tahrim: 6) Timbullah ketakutanku apabila dilemparkan ke dalam api neraka.”

Lelaki tua ini berkata, “Wahai anakku, janganlah kamu takut. Engkau tidak akan dicampakkan ke dalam neraka, sebab kamu belum baligh. Kamu belum layak untuk dimasukkan ke dalam neraka.” Anak itu menjawab, “Pak cik kan orang yang berakal. Apakah pak cik tidak tahu bahawa apabila seseorang hendak menyalakan api, ia memasukkan kayu bakar yang kecil dulu sebelum kayu bakar yang lebih besar…”

Mendengar perkataan anak kecil ini, menangislah lelaki tua ini sambil berkata, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih ingat kampung akhirat daripada diriku. Dunia telah jauh menyeretku.”

(Al Buka Al Mabrur)

copy from buku Zero to Hero by Solikhin Abu Izzudin

Wednesday, July 27, 2011

Ainul Mardiah - Penghulu Segala Bidadari

P/S : artikel ini dijumpai ketika sedang sibuk mencari bahan untuk Insoft bulan ini… =)

Suatu pagi di bulan Ramadhan…

Ketika Rasulullah memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), katanya, sesiapa yang keluar berjuang di jalan Allah dan tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari di syurga nanti. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Akan tetapi, dia malu nak bertanyakan kepada Rasulullah kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun demikian, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjuang.
Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (disebut sebagai khailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah dan dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik serta muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah dan ditunjukinya ke suatu arah. Maka pemuda itu berjalan ke arah tersebut dan dia mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat begitu cantik di dunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab “Eh tidak! Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana.”
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan dia lihat ada seorang lagi wanita yang sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai. Kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi. Diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, “Tidak… saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana. Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya sungguh mengagumkan.

Akhirnya, dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang amat cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Wanita itu berkata, “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. Apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab. “Nanti! Kamu belum Syahid lagi!” Pemuda itu pun tersentak lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabatnya yang lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Rasullullah SAW akan tetapi sekiranya dia syahid, barulah boleh diceritakan kepada baginda.

Pada petang itu, pemuda tersebut bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Pada hari yang sama, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, untuk berbuka, maka seorang sahabat telah bangun dan merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang Syahid tadi. Selepas itu, Rasullah menjawab “Benar… benar…benar…”

Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga. Subhanallah…

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74


Thursday, July 21, 2011

Jika Dahulu Ramadan Aku Sia-Siakan



Marhaban Ya Ramadhan!
Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.
Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.
Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!
Jika ada antara yang bukan Islam bertanyaku, 'Tidak lapar kah kamu semua berpuasa selama 30 hari? Kalau aku di tempat engkau, sudah tentu aku tidak dapat memenuhi tuntutan puasa tersebut'.
Maka aku selalu nyatakan pada mereka bahawa, 'aku berpuasa bukanlah bermakna aku sedang kebuluran. Sedangkan di setiap pelusuk dunia masih ramai yang tidak menemui makanan dan minuman. Adakalanya berhari-hari mereka kelaparan namun mereka tetap cuba untuk hidup sehingga sisa-sisa nafas yang terakhir. Aku berpuasa demi mengingati Allah dan ciptaan Allah yang ditakdirkan kekurangan serba-serbi dalam kehidupan, di malam hari aku beribadah memuji Allah kerana aku bersyukur, ditakdirkan hidup dalam golongan manusia yang sederhana. Masih mampu meraih nasi dan lauk pauk. Masih mampu meneguk air berwarna warni lengkap berais. Tapi mereka? Ada yang sekadar meneguk air lumpur. Ada yang menangis, meneguk air longkang. Mengapa tidak kita yang serba cukup ini masih tidak bersyukur?'
Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!
Masya-Allah, Saidina Ali sahabat Baginda S.A.W yang dijamin syurga pun merasakan dirinya mempunyai bekalan amalan yang sedikit, inikan lagi kita yang nyata-nyata sering melakukan dosa besar dan kecil kepada Allah S.W.T? Sekali lagi hati ini bertukar sayu dan hiba. Aku mungkin bijak menyatakan kepada mereka tentang fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi aku sendiri masih banyak melakukan dosa yang sedar dan tidak di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sedangkan aku tahu aku tidak semulia Saidina Ali. Ampunkanlah dosaku Ya Allah!
Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.
Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." [Ali-Imran:185]
Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.
 Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)." [Al-Saf : 10-11]
**
Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan ini lah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.
1)Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]
2)Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain,semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]
Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.
3)Sabda rasulullah SAW tentang kebaikan Ramadhan lagi:
"Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]
Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W bahawa Baginda pernah bercerita kepada sahabat-sahabat Baginda, mengenai perihal syurga Rayyan, iaitu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang ikhlas berpuasa,
4)Sabda Rasulullah SAW mengenai Syurga Rayyan:
"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu di namakan Ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari qiamat mereka yang berpuasa , tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Di katakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu." [HR Al-Bukhari]
Baginda S.A.W juga pernah menyatakan bahawa bukan sahaja pintu syurga Rayyan yang akan dibuka malah semua pintu-pintu syurga akan memperlihatkan isinya( terbuka) dan pintu-pintu neraka akan tertutup selama sebulan.
5)Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dansyaitan-syaitan di gari.[HR Al-Bukhari]
Apabila membaca hadis ini, aku sering berasa lega. Alhamdulillah, tiada syaitan yang akan menganggu ibadahku ketika bulan Ramadhan, sudah pasti ibadah ku akan menjadi tip-top dan sempurna! Tetapi aku sering lupa bahawa hawa nafsu itu masih ada dalam diri. Aku berazam, Ramadhan kali ini aku akan tundukkan hawa nafsuku agar ia patuh menunaikan arahan dan perintah Allah S.W.T.
Di akhir Ramadhan, Allah kurniakan pula satu malam yang tiada tandingannya dengan malam-malam yang lain. Benar bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Seboleh-bolehnya Dia menciptakan hari dan bulan untuk manusia-manusia bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa. Jika Allah itu zalim, sudah tentu Dia tidak akan menciptakan penghulu keindahan Ramadhan ini yakni malam lailatul qadar dipengakhir Ramadhan! Pepatah inggeris mengatakan, Save The Best for The Last.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]
6)Rasulullah juga turut bersabda mengenai keistimewaan Lailatul Qadar:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah telah fardukan ke atas kamu puasa ramadhan, di buka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan di tutup pintu-pintu neraka Jahim, di ikat syaitan-syaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang di haramkan dari kebaikannya, maka ia di haramkan dari segala kebaikan." [Hadith sohih-Riwayat al-Nasa'i]
Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan. Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin
- copy n paste from iluvislam -

Monday, July 18, 2011

sebuah peringatan


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Allah SWT berfirman bermaksud:

"Wahai anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanNya (yang berhak disembah melainkan Dia), Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Barangsiapa yang menuntut agama selain daripada agama Islam, tidak sekali-kali diterima daripadanya dan di akhirat ia termasuk dalam golongan yang rugi.

Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barangsiapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaatiNya, berjayalah dia.

Barangsiapa yang tahu tentang syaitan dan mengingkarinya selamatlah dia.

Barangsiapa yang mengetahui kebenaran lantas menurutinya amanlah dia.

Barangsiapa yang mengetahui kebatilan lalu menghindarinya, berjayalah dia.

Barangsiapa yang mengenali syaitan dan dunia kemudian meninggalkannya bahagialah dia.

Barangsiapa yang mengetahui akhirat kemudian menuntutnya, dia akan diberi hidayah. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dan kepadaNya kamu semua akan dikembalikan.

Wahai anak Adam, bila mana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

Bila mana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bila mana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

Bila mana balasan nanti adalah neraka, mengapakan kamu istirehat?

Bila ganjaran Allah ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?

Bila mana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuanKu, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

Agar kamu tidak kecewa atas apa-apa yang hilang daripadamu, janganlah lupa diri saat gembira ketika ia datang kepadamu.

Dan Allah tidak mengasihi setiap yang dusta dan yang bermegah"

Petikan Hadis Qudsi

- copy n paste from notauntukdiri -

Friday, July 15, 2011

rambling

Mengantuk! Aku lihat jam disebelah, pukul 3 pagi dah pun. Patut la mata ni rasa nak terpejam je. Dah lama tak menulis dekat blog ni. Bukan tak nak tulis, tapi entahlah… takde pape yang menarik pun nak dicoretkan. Kehidupan aku macam biasa, bosan! Makan, tidur, tengok anime or drama. Asyik hibernate dalam bilik ni je. Kepala pun dah tepu.

Nak bagitahu satu benda je, malam ni bulan penuh. Cantik.

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night 
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away