Pages

Saturday, January 29, 2011

Obsessive-Compulsive Disorder


Bismillahirrahmanirrahim…

Jam di kepala  katil menunjukkan tepat jam 12 malam. Isyak dah masuk lama dah. Dan aku terpaksa solat alone sebab tidur lepas maghrib punya fasal. Perlahan aku mengangkat takbir.

click to enlarge

“Allah…” Tak jadi. Niat tak sampai la pulak. Sekali lagi. Tak jadi jugak. Beta-adrenergic stress hormone dalam badan aku mula tak stabil.

“Allahuakbar.” Jadi. Baca Al-Fatihah. Masuk dekat ayat yang ke 6, aku ulang sampai tiga kali ayat tu sebab tak puas hati dengan panjang harakat aku.

Lepas tu masuk rakaat yang ketiga. Eh, kejap. Rakaat ke tiga ke kedua ni. Dua ke tiga.. dua  ke tiga. Haila.. dengan frustnya aku solat balik sebab hadis ni just cakap boleh buat sujud sahwi kalau ragu-ragu dekat rakaat ketiga dan empat je.

Dari Abu Said Al Khudri, dia berkata , Rasulullah saw. bersabda " apabila salah seorang daripada kalian ragu terhadap solat & tak ketahui apakah solatnya 3 atau 4 rakaat maka buang keraguan itu & kerjakan sesuai keyakinan, kemudian sujud 2 kali sebelum salam. Jika dia mengerjakan solat 5 rakaat, maka solat itu menjadi penolongnya dan jika solatnya tepat 4 rakaat, maka 2 sujud itu buat setan benci kepadanya." HR Ahmad & Muslim

Tension! Tension! Haish.. patut sembahyang nak hilang stress. Aku pulak, sembahyang bertambah stress ada la. Sungguh la aku ni dah kena Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).


OCD? Apa OCD ni sebenarnya?

OCD ni sebenarnya sejenis penyakit mental yang disebabkan keraguan kita terhadap setiap perkara yang kita buat. Contoh paling mudah macam aku yang dekat atas ni la. Baca al-Fatihah berkali-kali sebab tak puas hati dengan bacaan dan ulang balik solat sebab was-was berapa rakaat dah aku solat. Akhirnya stress.

Takpun bila ambil wuduk, ambil banyak kali sampai basah habis baju sebab takut tak sempurna wuduk kita. Dan yang paling common bagi lelaki setiap kali lepas masuk tandas dan nak solat, mesti ada yang risau kencing lawas ke tak tadi. Kalau tak lawas, nanti tak sah pulak solat. Ah sudah. Kena tukar seluar dulu la camni. Tak semestinya dalam ibadah je boleh jadi benda ni dalam aktiviti-aktiviti lain pun boleh jugak.

OCD biasa berlaku terhadap kanak-kanak dan biasanya akan membawa sampai ke saat kita dah dewasa pun. Creepy kan?

Dan paling tak best, untuk OCD ni takde treatment yang betul-betul efektif. Kaunseling pun takkan memberi kesan sangat.

Kalau ikut Dr. Mohammed Sadiq OCD ni disebabkan syaitan. Biasa la was-was ni memang salah satu senjata syaitan nak rosakkan umat Nabi Adam. Dan ikut beliau lagi, OCD ni cuma dapat dipulihkan dengan kita percaya betul-betul terhadap Allah. Maksudnya bila buat ibadah kita kena yakin dengan apa yang kita buat. Kena khusyuk!


Dan OCD ni fourth-most-common mental disorder.

Korang pun mesti pernah kena kan?



Friday, January 28, 2011

Bulan dah hilang, but I still have HIM



Bismillahirrahmanirrahim...


Bulan dah hilang. 
Yang tinggal kini cuma langit pekat malam. 
Tanpa sinar. 
Bintang pun tak sudi nak muncul.
*sigh*
.
.
.
.
.
But remember that you still have HIM the real player. Just leave it to him. InsyaAllah, everything's gonna be ok. You are not alone.


Yes! I'm not alone and I'll grew up stronger. Stronger than ever. Believe me!

Thursday, January 27, 2011

if u love someone..will u keep it or shout it?


Bismillahirrahmanirrahim…


Tadi aku bukak buku Sexually Transmitted Infection. Bosan! Aku tutup dan aku bukak pulak buku Tentang Cinta. Nice!

After subuh, aku bukak laptop, online then tengok Formspring aku. Pops! Keluar soalan cepu emas kat atas ni. Manusia yang tak bernama mana la yang tanya aku soalan spesies cenggini.


Kalau ikut side aku yang tak berapa nak betul ni, aku akan cakap aku nak shout out loud segala perasaan yang ada kat dalam hati(aku tak faham kenapa orang putih pakai heart, melayu pakai hati..bukan heart=jantung, hati=liver) aku ni. Kalau boleh aku nak tulis pakai krayon dekat dada langit tu besar-besar “ I LOVE YOU…tettt..” sesiapa je la kan. Siap lukis lagi gambar dia tengah pakai kurung oren. Dan nak je aku aku susun bintang-bintang membentuk nama dia or kalau dah gila sangat aku pergi buat pengumuman je dekat depan orang ramai macam dalam cerita I Love You, Beth Cooper. Tak pun aku express semua dekat dalam blog aku ni, macam yang aku buat dekat blog lama aku dulu.


Tapi on the other side, aku akan cakap aku nak simpan sebagai rahsia aku dengan Allah je or maybe dengan one or two person yang aku baik tahap gaban je la kan. Time ni aku pegang dekat hadis ni,

“Sesiapa yang menyembunyikan cintanya sehingga kematian menjemputnya, maka syahidlah ia”

So, untuk nak jawab soalan kat atas ni. Honestly, aku tak tahu. Sebab aku tak pernah in love dengan sesape. Setakat suka tu ada la. Lagipun ‘LOVE’ is such a big word yang aku tak mungkin berani nak guna except for Allah, Rasul, my family and her, my future wife.

Okey, fine. Aku pernah tulis something yang lovey-dovey dekat blog lama aku, tapi time tu tengah jahil. Ye la, angau! IQ pun jatuh. Elok-elok IQ aku yang berstatus 199++ ni, terus turun 0.009. Heh. Macam loser pun ada. Again, aku suka je tahu. Tak cinta pun.

Bagi aku soalan ni, sendiri-sendiri jawab la. Benda hati ni complicated. Lebih complicated daripada chemical reaction dalam liver yang sampai sekarang aku tak boleh nak hadam. Tapi aku just boleh cakap, korang sure ke yang korang cakap cinta tu memang dia la bakal isteri/suami korang. Confirm tak boleh sure punya kan?

Lets say if korang shout out loud all those feeling tetiba dia cakap tak nak kat korang, tak pun yang dah couple tetiba break. Korang gak yang akan frust menonggeng! Silap-silap haribulan ada yang bunuh diri, telan panadol berpapan-papan. Biasa la.. girls.. emotional. *tetiba je*. Better luahkan dekat the real player la. Allah.


Kalau nak jawapan yang bernas tanyalah Mr K. Diakan doktor cinta. Aku bukan. Aku just bakal doktor hati je. Hati dan cinta dua benda berbeza bukan?


“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya.”


Soalan 1 : kalau ciptaan tuhan itu sempurna kenapa manusia tak sempurna?



Bismilahirrahmanirrahim...


Tengah aku nak pergi kuliah BHP awal pagi semalam, ada la sorang member ni tanya aku, "Semua ciptaan tuhan sempurnakan? Kalau macam tu kenapa orang selalu cakap manusia tak sempurna? Manusia pun ciptaan tuhan gak."


Aku pun tercengang-cengang la jugak. What the.... punya soalan. Heh.


Tapi kalau sekarang aku jawab macam ni boleh tak?


"Setiap ciptaan Tuhan adalah sempurna, cuma kesempurnaannya sahaja yang berbeza-beza."





Tuesday, January 25, 2011

Aku tak suka party !


Bismillahirrahmanirahim…

Malam ni aku just nak cerita fasal sambutan beday yang bebudak TWP 10’ buat sabtu lepas. Okay, aku tahu cerita ni dah basi. Dah tiga hari dah pun. Tapi ada aku peduli? My blog.. my way.. my style. Heh.

aku ingat baby je sambut besday..

Dah macam tradisi la pulak kat sini, tiap-tiap bulan kena buat birthday party untuk sesape yang lahir bulan tu. Memandangkan bulan 11 kitorang sibuk nak exam + bulan 12 balik cuti ke Malaysia. Yeah, cuti yang membosankan. So, bebudak ni planning la nak sambut sekaligus bulan 11, 12 dan 1 punya. Nak dijadikan cerita pagi sabtu tu, semua berjalan lancar. Konon-konon buat sukaneka la, last-last habis semua pakat kena baling dengan belon air. Habis basah satu court basketball. Mesti brother-brother Indonesia yang ada kat situ pelik melihat tingkah laku kami yang dah macam... erm.. erm.. macam tu la.

Tapi yang bestnya pagi sabtu tu, aku bangun lambat. Maunya tak lambat, lepas subuh baru aku tidur sebab malam tu aku gatal tangan nak try masak kek coklat. Dan yang best lagi, pagi tu ada la dua tiga girls datang ketuk pintu bilik aku nak ambil makanan untuk party yang diorang sorok kat bilik aku. Ye la, bilik aku kan tersorok. Dah la duduk wing bawah sekali, sorang-sorang pulak tu. Nasib baik ada aweks FKG & Farmasi yang comel-comel. Hilang jugak stress aku. Fuhh.

 Diorang ni ketuk la pintu bilik aku, aku sedar je tapi aku malas nak bangun so aku biar je la. Last-last ada ke patut diorang pergi buka pintu bilik aku dan yang tak bestnya time tu aku tengah baring atas katil + berkelubung satu badan dengan selimut. Nasib baik ada selimut, kalau tak mesti dah hilang keterunaan aku. Lepas diorang nampak aku tengah tidur terus diorang lari sambil terjerit-jerit macam nampak G-Dragon je. Biasa la, girlss… suka menjerit.

-coolio, stylio-

Walaupun time tu aku tengah mengantuk + malas tahap kura-kura gergasi dekat kepulauan Galapagos, aku bangun la jugak dan join bebudak ni sebab aku respect dengan diorang. Aku pun dengan pasifnya menyertai sukaneka yang diorang buat. Mengantuk la wei.. takkan aku nak aktif tak tentu hala macam the other guys.

-emo-

Actually, aku tak suka pun birthday party ni dan masa diorang bagitahu nak buat party ni I was like, what the…. Okay, memang aku pernah buat gila waktu bebudak ni buat birthday party untuk bulan 10 punya. Tapi time tu, memang otak aku tak betul sikit. Biasa la, angau! Sebab aku tak suka? Sebab aku tak pernah sambut pun benda alah ni selama ni. Ada la pernah buat jugak dekat MRSM tapi macam biasa la, aku melibatkan diri atas dasar keterpaksaan je. Dekat matrik bebudak class ada buat jugak, tapi aku tak datang pun. Heh. Aku kan tak suka.

Lagipun aku rasa macam tak perlu je buat party-party ni. This is just my personal opinion okey! Takde niat nak deceive sesape. Birthday je pun. Bukan majlis kahwin ke apa ke. Semakin tua kita, semakin kita nak review balik diri kita untuk hari-hari yang akan datang bukannya semakin nak tak tentu hala. Ni time birthday party la nak terkinja sana, terkinjit sini. Blame me for being such a ‘kolot’ person.

rightio!

Dan yang aku tak faham sampai sekarang, kenapa kena ada tradisi prank tiap kali nak sambut besday member? Anyone?

PS.- Tengah dengar album terbaru GD & TOP


Saturday, January 22, 2011

kek coklat kukus


Bismillahirrahmanirrahim…

Semalam aku try la masak kek coklat resepi yang mak aku selalu buat dan inilah hasilnya..


Disebabkan takde blender, bahan-bahan yang sepatutnya kena blend aku hentam dengan campur + panaskan semua dalam rice cooker je.

Bahan-bahan

1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 sudu kecil ovalet kuning
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur (dipukul)
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan serbuk koko

Cara yang aku guna

1)      Mula-mula campur dan panaskan susu cair, minyak masak dengan gula sampai gula larut.
2)      Lepas tu letak serbuk koko, ovalet kuning dan esen vanilla.
3)      Kacau sampai larut semua. Lepas tu tutup api dan sejukkan
4)      Campur tepung, baking powder dan soda bikarbonat dalam satu bekas
5)      Tuang susu manis ke dalam adunan yang dah disejukkan tadi, gaul rata
6)      Masukkan telur dan gaul rata lagi
7)      Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati
8)      Tuang dalam acuan dan kukus selama sejam.


dalam kita bersuka ria


Bismillahirrahmanirrahim…

Di kala kita bersuka ria, tuhan jangan sekali dilupa.

Dalam kita bergembira, agama harus tetap jadi ukuran

Ke mana perginya berkat, andai pembaziran menjadi persoalan

Dan ke mana hilangnya rahmat, andai pergaulan tidak dijaga.

Mungkin ada yang berkata, “Kami hanya bergurau senda, tidak ada sentuhan-sentuhan yang membangkitkan nafsu.”

Tapi ingat, jikalau hari ini gurau-senda antara lelaki dan wanita dianggap kebiasaan, di masa depan bagaimana lagi?

Adakah seks bebas itu satu matlamat?

Ketahuilah wahai sahabat, sejarah telah membuktikan kerajaan Yunani yang dahulunya  gah akhirnya jatuh angkara pergaulan bebas.

Kalau bukan kita generasi masa depan Islam yang menegakkan syiar Islam di atas muka bumi ini. Harus siapa lagi?

Ya, mungkin ada yang memahami luahan ini, mungkin juga tiada. Tetapi buat yang terasa, ketahuilah aku bernasihat untuk diriku sendiri. Tidak terniat melakukan provokasi.

Ingin sekali aku bersuara, ingin sekali aku menegur

Namun aku bukanlah seperti apa yang aku harapkan, lalu ku cetuskan luahan ini agar ada yang mengerti.
Moga Allah mengampunkan aku dan dirimu, sahabatku.

“sesungguhnya orang mukmin berjihad dengan pedang dan lidahnya. Demi Allah, sesungguhnya serangan kamu terhadap mereka dengan sajak-sajak kamu laksana lemparan panah yang tajam.”

Friday, January 21, 2011

Hantu..roh atau syaitan?


Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ni aku nak jadi penglipur lara sikit la.

Kalau kecik-kecik dulu, aku suka sangat baca novel seram tulisan Tamar Jalis. Dalam satu hari, aku boleh habiskan satu novel. Itu yang berjangkit sampai ke tua bangka ni pun still duk melekat dengan novel je. Tapi bukan novel seram lagi la. Sengih. Kalau nak baca novel Tamar Jalis klik SINI

Kalau yang nak tahu, novel Tamar Jalis ni based on his true story sepanjang dia ikut atuk dia mengembara and it’s like.. whoa.. so nice.. Memang kau orang patut try baca la tapi lepas tu kalau takut nak pergi tandas jangan la ajak aku pulak. Zaman sekarang memang payah dah nak jumpa novel-novel yang macam ni. Dekat kedai-kedai setakat berlambak novel versi jiwang tahap kucing nak mengawan je. Euw.. tak kuasa mak nak baca.

Ahah.. so, sekarang ni mari kita bangkitkan balik persoalan yang selalu sangat orang tanya. Hantu ni wujud ke tak? Betul ke roh si mati boleh bangkit balik?


Menurut buku Offline dengan Syaitan tulisan Zulkifli Khair yang aku baca sebenarnya hantu ni just sekadar jelmaan syaitan je dan roh si mati memang tak boleh balik ke dunia ni dah. Untuk memahami kenyataan ini, mari kita lihat definisi syaitan terlebih dahulu. Ceywah, dah macam terlalu formal la pulak ayat aku ni. Gelaran syaitan dan maksudnya ;

Iblis – suka memberontak atau derhaka

Syaitan – terkeluar daripada rahmat (ni aku tak sure, try check balik)

Al-khannas – pengintip (sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia)

Qarin – teman

Naa.. sekarangkan dah tahu. Dalam diri setiap manusia ni akan ada pendamping yang dikenal sebagai ‘qarin’. Qarin ni boleh menyerupai manusia daripada segi perangai. So, ulama berpendapat jelmaan-jelmaan yang orang selalu nampak dan kaitkan sebagai hantu, sebenarnya adalah ‘qarin’ ni bukannya roh orang yang dah mati.



Rasanya tu je la kot yang aku nak tulis malam ni. Sekadar ingatan untuk semua Al-Khannas akan dekat dengan kita bila kita lalai terhadap Allah dan pergi bila kita selalu ingat dekat Allah.

Tengok kiri, tengok kanan, tengok kiri balik, sebenarnya ada syaitan di sebelah kita. Cuma kita je yang tak nampak. Kalau nampak confirm ada yang dah pengsan ni. So, berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

 “Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat, ‘sujudlah kamu kepada Adam!’ Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri dan ia termasuk dalam golongan kafir." 2:34


Thursday, January 20, 2011

Siapa yang banyak cakap, banyaklah salahnya..


Bismillahirrahmanirrahim…

Hey ladies,

Memandangkan beberapa hari ni, aku asyik angau overboard tahap giga tera sampai tak habis-habis berpuisi dalam blog ni sehinggakan aku sendiri pun dah rasa annoying. Dah macam mamat bunga pun ada je aku rasa ni. *puking*. Tengah menulis ni pun aku boleh layan, You Are So Beautiful-Escape The Fate. Haila.. sungguh la, aku dah putus fius.

So, apa kata kalau hari ni aku sembang benda-benda ilmiah sikit. Untung-untung dapat jugak tambah share dekat akhirat nanti.

“Woi, celaka la kau ni…”
“Kau la sial..”
“Wtf…”

Naa.. ayat-ayat segala macam dekat atas ni adalah antara yang selalu aku pakai dalam kamus hidup aku. Biasalah boys, semua benda nak kena ada gaya. Makan ada gaya, tidur ada gaya, nak masuk tandas pun ada gaya.

So, kenapa tiba-tiba je aku nak sebut fasal ni? Adakah sebab aku nak follower aku yang semuanya adalah girls memahami aku sebagai seorang lelaki atau setakat nak tunjuk bajet hot je kat dalam ni?. Ceywah, perasan je aku. Ketawa. Mesti ada girls yang tengah baca ni, rasa nak libas je aku dengan batang penyapu.

Aku sebenarnya just nak buat sesi muhasabah diri je ni. Bila kita pakai ayat-ayat species tak berjenis macam kat atas ni, Allah redha tak dengan kita? Lidah perlu dijaga sebab ia cerminan akhlak kita. Lidah juga penyebab seseorang itu ke syurga atau neraka.

“Seseorang hamba itu apabila dia bercakap dengan perkataan yang diredhai Allah dalam keadaan dia sendiri tidak menyedarinya, perkataan itu akan menyebabkannya dia dinaikkan darjat dan kemudian dimasukkan ke dalam syurga. Begitu juga seorang hamba yang bercakap dengan perkataan yang dimurkai Allah(perkataan buruk) dalam keadaan dia tidak menyedarinya, maka perkataan itu akan menambahkan dosa dan menjunamkan ia ke dalam Jahanam.”

“Sesiapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah silapnya. Sesiapa yang banyak silap, akan banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosa, maka nerakalah tempatnya.”

Aku pun sekarang ni tengah cuba control mulut aku ni. Well, walaupun aku ni pendiam kononnya, tapi bila sekali aku bukak mulut kadang-kadang boleh tahan laser jugak. Tu yang aku lebih suka diam tu.

Dan Allah berfirman, “Tiada yang terlepas daripada perkataan manusia melainkan akan tercatat di sisi Raqib dan Atiq.”

Dari Abu Hurairah ra. Menjelaskan bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berkata baik atau diam; barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah menghormati tetangganya; dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah menghormati tetamunya.”-HR Bukhari & Muslim.

So, fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya selera. Nak hidup hanya sekadar atas nama Islam atau kita nak hidup dengan berteraskan Islam dalam kehidupan kita. “Addin”- Islam as the way of life. Setiap kali kita nak buat sesuatu, tanya diri kita dulu, Allah akan redha tak dengan apa yang kita nak buat tu.


PS : Walaupun just a simple writing, hope dapat gak la faedahnya. Dan bagi yang membaca sebar-sebarkanlah dekat teman-teman serumah, sebilik dan tak lupa juga buat teman sekatil.

Nabi saw. bersabda, “Hendaklah yang hadir dalam kalian, menyampaikan kepada yang tidak hadir.”

Saturday, January 8, 2011

My story...

Nasi di periuk aku cedok masuk ke dalam pinggan di tangan. Entah kenapa tiba-tiba je rasa nak tanya something dekat Tok yang tengah khusyuk makan.

“Tok, dulu ayah dengan mak jumpa macam mana ek?.” Aku buat muka selamba.

Muka tok berkerut seribu, “Aik.. kenapa tiba-tiba je tanya ni?.” Mesti dia pelik aku tanya soalan luar silibus yang tak pernah-pernah aku nak ambil tahu selama ni.

Aku tahan muka daripada berubah riak walaupun dah terasa darah panas naik ke muka. “Takde pe la Tok. Sajeje nak tahu.” Aku senyum.

“Ayah kamu jumpa dengan mak kamu waktu dia ikut kursus pertukangan dengan Giat Mara dekat Tanjung Malim. Waktu tu, mak kamu jadi tukang masak dekat situ. Ayah kamu kan jenis lebai sikit. Selalu azan dengan jadi imam sebab tu mak kamu boleh suka dekat ayah kamu.”

“Ooo..”

“Balik daripada kursus tu, ayah kamu bawa balik mak kamu jumpa tok wan. Tok Wan pun marah la sebab bawa balik anak dara orang. Mak kamu duduk semalam je dekat rumah, lepas tu Tok Wan suruh balik. Mak kamu sampai menangis-nangis masa tu.” Tok terus menyuap nasi ke dalam mulut sambil bercerita. Aku hanya khusyuk mendengar, tak menyampuk langsung.

“Tapi mula-mula keluarga belah mak kamu tak suka dekat ayah kamu. Ye la, ayah kamu setakat buat kerja-kerja kampung je. Abang dengan kakak mak kamu, semua belajar tinggi-tinggi. Jadi dia orang rasa tak layak la ayah kamu nak kahwin dengan mak kamu. Tapi Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kahwin.”

Mak Cik yang berada di sebelah Tok menyampuk, “Masa ayah kamu pergi rumah mak kamu dekat Perak dengan mak cik, kami kena halau dengan abang mak kamu. Ayah kamu memang selalu bawa mak cik sekali kalau nak pergi mana-mana.”

“Yang kamu ni tanya kenapa?. Dah nak kahwin ke?.” Tok buat muka pelik sambil tengok aku. Mak Cik pun sama je tengok aku lain macam.

“Eh.. takde la Tok. Sajeje nak tahu.” Aku sengih macam kerang busuk dah masa tu.

Kahwin?. Hahaha.. Nasib baik tak kena tazkirah. Kalau tak mesti dah kena tazkirah kaw-kaw punya lah dengan Tok kalau dia tahu yang cucu dia ni sebenarnya tengah angau overboard.

Hari ni Jumaat, esok sabtu, lusa ahad dan semalam khamis

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ni Jumaat. Penghulu segala hari. Hari cuti bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Dan yang paling best sebab ada solat Jumaat. Sambil dengar khutbah boleh la take a nap sekejap. Oopss.. kantoi la pulak.

Dan yang tak best sebab ada lab activity lepas solat Jumaat, lab yang aku sendiri tak faham apa yang doctor explain sebab aku memang failed subject Pendengaran ni. Tu pun kalau ada la, subject ni kat atas muka bumi ni.

Dan malam ni, aku nak baca novel Denyut Kasih Medik. Walawei… jiwang tak aku ni?

So, bagi yang tak tahu Dr. Farhan Hadi, penulis novel ni merupakan suami kepada Fatimah Syarha penulis buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Buku ni pun aku dah khatam masa kat matrik, dan sangat-sangat best. Memang meletus-letus hati aku bila baca buku ni. Aku ingat lagi hadis yang dia letak dalam buku ni. Lebih kurang macam ni la bunyi hadis tu

“Sesiapa yang menyembunyikan cintanya sehingga kematian menjemputnya, maka syahidlah ia”




Novel ni aku baru baca suku je tapi memang dah buat adrenalin rush dekat dalam badan aku ni. Memang menarik tertarik la.

Thursday, January 6, 2011

Another quiz!

I’m speechlessssssss…=____=
Are you going to get a girlfriend anytime soon?

The nice guy.
Okay you are a sweet heart. In this case it doesn't matter what you look like. your truthful and will stick with one girl. now the saying Nice guys finish last is a complete and total lie. i once was reminded that if finishing first is getting laid and not being a part of a relationship then yes the bad boys and the man whores finish first but if it comes to being in a relationship that you want to be in and are happy in then its nice guys who finish first. You will get the girl soon if u try. if u do ask a girl out and they say no remeber not to pull them into a relationship this just makes them run. it maybe a little hard because most girls are attracted to the bad asses but they will come running to a nice guy for a shoulder to cry on :)

Wednesday, January 5, 2011

pakai tudung..tak sampai seru lagi?

Bismillahirrahmanirrahim…

“Akak, kenapa akak tak pakai tudung?”

“Memang akak nak pakai pun tapi tak sampai seru lagi. Nak buat macam mana kan?”

Huh. Tak sampai seru lagi? Bukan ke Allah dah seru lama dah, tentang kewajipan menutup aurat ni.

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu mereka lebih mudah dikenal. Mudah-mudahan dengan itu, mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha pengampun.” (Al-Ahzab: 59)

Boleh lagi cakap tak sampai seru. Jelas-jelas sangat dalam ayat ni Allah menyeru wanita-wanita Islam agar menutup aurat. Ish, tak faham aku dengan perempuan yang tak reti-reti pakai tudung ni. Putus fius ke apa, dia orang ni. Mesti ada something wrong dengan otak dia orang ni, kalau tak mesti dah boleh fikir yang mana betul dengan tak betul. Ini tak masuk lagi part pakai baju ketat, pakai baju nampak ketiak dan pakai tudung tapi baju jarang.

Tak faham. Serius aku tak faham. Kenapa boleh ada orang cakap tak sampai seru lagi? Ada siapa-siapa yang boleh fahamkan aku tak?

*Aku buat kening double jerk kat kau orang.*
Tak ke comel bila Lisa Surihani pakai tudung.
tudung + mata bulat = cute


Pilihlah untuk =)

Bismillahirrahmanirrahim…

“Kebahagiaan itu bukan apa yang orang nampak tapi sebenarnya apa yang kita rasa”

Mungkin ada orang pernah cakap dekat kita, “kau ni aku tengok happy je selalu, aku pun pelik tengok kau ni. Senyum je memanjang.”

Tapi hakikatnya, mungkin apa yang kita rasa tak sepertinya apa yang orang lihat. Orang boleh cakap kita happy atau sedih tapi cuma kita yang boleh menentukan sebegitu.

Kadang-kadang kita sedih tapi orang tak nampak itu. Sebab kita tutup kesedihan kita dengan senyuman kita. Dan aku memilih untuk itu. Untuk sentiasa hadir dengan senyuman. Tak kira sedih atau pun duka, kedukaan tak perlu ditunjukkan sebab ianya hanya akan menambah luka pada orang sekeliling kita dan  juga kita.

Ubatlah kedukaan dengan keceriaan dan cukuplah hanya Allah sebagai tempat untuk kita mengadu dan menangis. Lepaskanlah segalanya kepada Dia dan hadapilah hari dengan senyuman. =)



Tuesday, January 4, 2011

Aku & Skizofrenia


Bismillahirrahmanirrahim…

Sejak akhir-akhir ni aku selalu sangat bermonolog sendirian, berdebat dengan diri aku sendiri, dan kadang-kadang sampai pening kepala aku dibuatnya. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin juga disebabkan sekarang ni, aku banyak berfikir tentang semua benda yang aku buat. Ye la, risau kalau perkara baik yang kita buat boleh jadi tak baik untuk kita.

Kadang-kadang terfikir juga, aku ni dah kena skizofrenia agaknya. Tapi minta-minta dijauhkanlah.

“Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka.
Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan.
Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter. Jika kimia yang membantu sel saraf berkomunikasi dengan otak ini terjejas, maka ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan termasuk simptom penyakit mental.
Justeru, tidak mustahil pesakit skizofrenia akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai norma manusia normal seperti membunuh dan sebagainya.”
-petikan daripada Kosmo-
Huish…menakutkan bukan?. Siap boleh jadi pembunuh bersiri lagi tu, orang yang ada penyakit ni. Tapi aku takdelah seteruk tu. setakat sembang sorang-sorang je pun. Thinking out loud, semua orang pun pernah buat apa.
So, untuk mengatasi sebarang kemungkinan mendapat penyakit resah gelisah ini. Aku nekad untuk berpegang teguh kepada ayat “Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Masih mencuba dan akan terus mencuba untuk memahami loveletters daripada Allah(al-Quran) walaupun selama ni aku cari ketenangan dengan dengar lagu-lagu rock macam SOAD dan Escape The Fate especially waktu tengah study. Serabut je kepala, kalau study tak layan lagu.
Fuhh…mudah-mudahan dimudahkan Allah. InsyaAllah.


Monday, January 3, 2011

Bermulanya repro...................

Bismillahirrahmanirrahim…

Aku tengok skrin LCD, kemudian aku tengok doktor dekat sebelah, aku tengok skrin balik, lepas tu tengok doktor balik dan aku menguap lagi. Haila…kenapalah kuliah Medical Professional ni bosan sangat. Topic ni atau doctor yang kat depan tu yang membosankan, takpun aku ni memang dah kena syndrome mengantuk dalam kuliah. Tapikan, bukan memang kuliah tempat tidur aku ke?.hehehe..

Baru je semalam buat azam tak nak tidur dalam kuliah dah. Tapi memandangkan suasana bilik kuliah yang sangat kondusif untuk aku tidur plus dengan suara doctor yang mendayu-dayu dekat depan tu, memanglah burn terus je azam aku tu. Nasib baik tak tersenguk-senguk tadi. Kalau tak mesti doctor tu dah pelik kenapa aku ni khusyuk sangat berzikir dalam lecture dia.

Aku rasa aku dapat tangkap satu ayat je yang ada kat depan slide tu.

“Medical education is not completed at medical school, it is only begun.”




Tapi selama sejam tu jelah aku ngantuk. Untuk jam yang kedua aku dah tak mengantuk dah. Sebab belajar fasal Ulcerative Sexually Transmitted Infection and it just so cool. Hahahahaha… Tengok je all those pictures about syphilis, chancroid and genital herpes terus segar kepala otak. Maunya tak segar tengok penis dengan vagina yang dah teruk tahap. Girls, yang duduk kat belakang aku pun aku dengar duk euw-euw bila tengok pictures tu. Eleh, baru tengok pictures dah nak geli-geli. Nanti nak praktikal kena tengok yang live punya baru kau orang tahu. Fuhh, memang melekat terus la pictures tadi dalam kepala. Sampai sekarang pun tak hilang lagi.

Masuk je tutorial aku pening balik. Maunya tak pening, dalam masa 3 jam kena discuss almost secara overall fasal penyakit dekat female reproductive system. Pening aku! Mana la aku nak tahu, aku bukannya perempuan. Sampai sekarang pun aku tak mahir lagi nak kira menstrual cycle macam mana. Adoyai…pening..pening!

Tapi yang paling best sesi petang. Buat lab skill mengenai communication skills. Mula-mula cuak gak la. Ye la, aku kan failed bab-bab komunikasi ni. Siap aku boleh fikir lagi tadi, takde ke kerja dalam dunia ni yang tak perlukan communication skills. Adoyai! Lastly, aku gak yang over react waktu praktikal tadi.



Aku jadi doctor, Miss T jadi la pesakit aku. Chief complaint pula fasal excessive vaginal discharge. Masuklah part-part sexual intercourse sikit.

“so, do you have any sexual intercourse lately?”. Aku tanya dia

Dia pun jawablah “No.”

Dan aku dengan selamba badaknya memberi soalan luar alam “Are you sure?.” Tak fasal-fasal kena gelak dengan satu tutor. Buat malu kawan je, aku ni. Hish.

Kenalah complaint dengan Dr. Setiawan, yang aku cakap tak jelas. Murmuring katanya. Tapi memang aku cakap macam tu pun. Aku kan berat mulut. So, nasib je la siapa yang jadi pesakit aku nanti. Nak-nak kalau yang tua-tua. *aku gelak dalam hati*

Tapi itulah, aku tak suka bercakap tapi lepas buat praktikal rasa tak puas pulak. Haish, nampaknya banyak lagi tentang kesyukuran yang aku nak kena khatamkan ni. Baik, khatamkan cepat. Umur pun makin tua, bukan makin muda. InsyaAllah.


“..boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”al-Baqarah 2:216

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” ar-Rahman