Pages

Monday, February 28, 2011

pergilah sunyi, datanglah gembira



sunyi…
pergilah kau
pergi jauh dariku


gembira…
datanglah padaku
datang bersimpuh disisi ku


: hatiku pilu entah kenapa
           


~Q~


andai kita bertemu



Ya Rasulullah
andai kita bertemu
izinkan aku
mendakapmu
merasa hangatnya tubuhmu
menciummu
menatap sinar di wajahmu
dan
bersenandunglah padaku
kisah para sahabatmu

Bisakah begitu?


: I wish you were here
  here next to me


~Q~


Sunday, February 20, 2011

aku sedang mencuba untuk bertanam sayang


Bismillahirrahmanirrahim…




Dahulu, andai ada yang bertanya “Q, kau suka tak duduk Unpad ni?”

Akan ku jawab, “Tidak! Jangankan untuk suka, berasa senang pun  jauh sekali.”

Tapi kini, andai ditanya soalan yang sama. Pasti ku diam sambil menguntum senyum. Tiada sebab untuk menjawab kerna kini ku sedang mencuba untuk menjadi hamba yang bersyukur sambil belajar menyintai apa yang aku ada.



Bak pepatah lama,

cuba-cuba bertanam mumbang
moga-moga tumbuh kelapa
cuba-cuba bertanam sayang
moga-moga tumbuh cinta



Romantis bukan? *Senyum*



~Q~


Saturday, February 19, 2011

Kenapa ya, aku sudah berusaha tapi masih gagal?



Bismillahirrahmanirrahim…




Kan ku petik gitar kasih
Mainkan alunan cinta

Sedar tak sedar dah dekat 8 bulan aku dekat Unpad ni. Exam mid-sem 2 pun dah makin dekat. Dekat sangat. Terlampau dekat hingga aku mula rasa nak muntah tengok repro ni.
Result sem lepas baru je dapat dan Alhamdulillah, lain yang ku sangka lain yang ku dapat. Macam menang loteri pun ada je ni. Tapi biasa la lumrah hidup, kalau ada yang senang mesti ada yang susah. Kalau ada yang bergembira, mesti ada yang berduka. Terdengar la keluh-kesah beberapa orang teman:

“Aku dah study habis kaw la, tapi kenapa result aku still teruk. Tiap-tiap malam aku stay up, buku Moore’s anatomy tu pun aku dah khatam sampai kulit dia.”

“Aku tengok dia tak study pun, tapi asal result dia tinggi lagi daripada aku.”

Dan tak kurang juga yang mengeluh:

“Aku dah takde semangat nak belajar la. Study sampai tengah malam pun, result still teruk gak. Baik tak payah belajar camni.”

Seolah-olah semuanya dah tamat. Dunia dah nak kiamat. Dah tiada lagi harapan nak berjaya hanya kerana bersandarkan kepada sehelai kertas maya.

Bersabarlah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin saja kita tidak gagal. Hanya kejayaan kita sahaja yang ditangguhkan.

Ditangguhkan???

Ya, ditangguhkan. Ditangguhkan atas perkara-perkara yang kadang kita terlupa. Izinkan aku untuk berkisah di sini:

1)     Tidak ikhlas
Kita belajar bukan kerana Allah. Belajar hanya kerana nama. Kerana mengejar cita-cita duniawi. Belajar untuk mendapat result yang cemerlang agar dapat dipamerkan kepada orang sekeliling bahwa kitalah yang paling hebat, paling pandai, paling menyerlah gitu. Barangkali atas sebab ini, Allah marah lalu Allah tidak ingin kita berjaya selagi kita tidak memuhasabahkan diri.

“Sesungguhnya Allah mencintai seorang pekerja apabila bekerja secara ihsan.”(HR Baihaqi dan Thabrani)

Imam Ghazali pernah berkata,
“Rugi sangat orang yang jahil kecuali orang yang berilmu, Rugi sangat orang yang berilmu kecuali orang yang beramal, Rugi sangat orang yang beramal kecuali orang yang ikhlas kerana Allah.”

2)     Mudah puas hati
Allah tahu andai Dia bagi kita lulus cemerlang sekarang, kita akan berpuas hati dan tidak akan berusaha lagi. Allah tak nak begitu. Allah nak kita terus berusaha. Terus mendaki. Bukan hanya sudah sampai setengah gunung, sudah mula menggapai awan, kita berhenti, kita mula terpesona dengan pemandangan di bawah sehingga lupa untuk meneruskan pendakian. Akhirnya, kita gagal untuk mencapai puncak tertinggi. Jadilah kita orang yang rugi.

“Jika kau ingin bermandikan kemuliaan, jangan puas dengan apa yang ada di bawah bintang, sebab rasa kematian untuk urusan kecil seperti rasa kematian untuk perkara besar” (Al Mutanabbi)

3)      Kita lupa kepada Allah
Kita belajar. Ya, kita belajar sehingga lewat malam. Sehingga mata lebam. Dua tiga cawan kopi satu malam. Tetapi kita lupa Tuhan. Kita terlampau asyik belajar, hingga lupa solat, lupa hal akhirat. Fikiran hanya penuh dengan formula-formula duniawi. Terlupa untuk menggarap formula akhirat. Kita sanggup stay up sampai pagi untuk belajar tetapi berapa orang sangatlah yang sanggup stay up untuk melakukan Qiamullail? Tidak, aku tidak mengatakan aku buat Qiamullail. Aku juga begitu, stay up hanya untuk study jarang sekali tubuh ini cergas untuk bermunajat di sepertiga malam terakhir. Kerana kita lupa kepada Allah, Allah marah dan akhirnya Dia tidak memberi kita kejayaan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (al-Baqarah: 45)

4)     Usaha lagi
Kadang-kadang kita rasa kita sudah berusaha sehabis mungkin. Sudah mencuba sedaya-upaya. Ya, kita rasa begitu. Tapi benarkah? Benarkah apa yang kita rasa sama dengan apa yang sang Pencipta rasa. Jadi, usahalah lagi. Usaha sehingga kau tidak punya alasan untuk gagal. Usaha sehingga Dia tersenyum senang untuk memberi apa yang kau hajatkan. Jangan mudah berpuas hati. Teruskan pendakian. Bukan hanya hingga ke puncak gunung tetapi teruslah hingga ke langit sana.

“Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah).” (Ar-Rahman: 33)

5)     Riak
Allah tahu kita cenderung untuk riak andai kata kita berjaya. Jadi ditangguhkan dahulu kejayaan kita sehingga kita bisa mengikis sifat sombong dan takbur dalam diri. Lihat, betapa sayangnya Allah kepada kita. Dia tidak ingin kejayaan kita di dunia menjadi keburukan bagi kita di akhirat. Lalu ditangguhkanNya dahulu.

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah. Akan tetapi, ketakwaan kamulah yang dapat mencapainya…” (al-Hajj: 37)

Tak guna terus mengeluh. Terus menyalahkan takdir. Akhirnya kita yang akan rugi. Tapi jadilah seorang yang optimis. Melihat segala keburukan dan kegagalan untuk dijadikan potensi kejayaan.

“Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila diberi nikmat lalu disyukurinya maka jadilah nikmat itu kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (HR Muslim)

Jangan hanya melihat daripada kacamata duniawi tapi lihatlah daripada kacamata seorang hamba yang mengerti setiap kehendak Tuhannya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. InsyaAllah, kejayaan pastikan muncul. Hanya masa, ketika dan bila kejayaan itukan datang, biarlah menjadi rahsiaNya. Tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat galang gantinya.

“Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)


~Q~

Tuesday, February 15, 2011

Valentine's day..patut ke tak patut untuk disambut?


Bismillahirrahmanirrahim…


Yeah.. aku tak pandai agama dan aku tak banyak general knowledge pun nak bahas tentang benda ni. Tapi disebabkan atas rasa kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab sesama muslim, aku gagahkan juga jemari ini untuk terus menari di atas keyboard ni. So, this is not more than my personal opinion only.

Kalau korang nak tengok fakta-fakta tentang Valentine’s day sila rujuk brother obefiend ni.

Tak kisah la, sama ada all the facts yang kita dengar selama ni tentang Valentine’s day betul ataupun tak tapi kita tengok balik kepada reasonable reason yang menyebabkan menyambut hari Valentine ni tak dibenarkan.

Sebab dia mudah je sebenarnya. Valentine’s day mengajak kita ke arah zina. Orang barat sendiri cakap Valentine’s day takkan sempurna tanpa sex. Dan pada hari Valentine ni la, purata pasangan yang akan buat sex meningkat berkali-kali ganda termasuk la pasangan yang tak kahwin lagipun.

So, bagi aku. Memang wajar pun Valentine’s day ni tak dibenarkan sambutannya. Nak sambut, sila kan sebab memang takde facts yang kukuh tentang hari Valentine ni perayaan agama Kristian ataupun perayaan meraikan kemenangan terhadap Islam tapi cukuplah sekadar untuk pasangan suami isteri.

Yang tak kahwin lagi, or just setakat baru bertunang. Tak payah nak mengada-ngada nak sambut. Kahwin dulu, lepas tu nak mengawan ke apa ke. Buat la puas-puas. Dah takde orang nak larang.

Tapi bagi aku la kan, kenapa perlu ada hari khusus macam Valentine’s day ni untuk setiap pasangan nak sambut. Nak buat  aksi lovey-dovey. Kalau macam hari ulang tahun perkahwinan tu, munasabah la jugak sebab memang ada dalam kalendar hidup kita pun kan. Kita yang dah kahwin la. Takpun hari ulang tahun kena reject ke – jangan refer dekat aku.


Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Kupetik daripada e-fatwa

Naaa… tengok, betulkan apa yang aku fikir? Apa yang aku tulis dekat atas ni adalah sebelum aku refer dekat fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam Islam takde hari khusus untuk nak meraikan kasih sayang. Everyday is Valentine’s day.

Kalau fikir-fikir la kan, rasional ke kita sambut Valentine’s day ni?


Sunday, February 13, 2011

Jom boikot Israel..



Bismillahirrahmanirrahim...




Ia merupakan petunjuk walaupun sebagai rakyat, COLA bermakna AMERIKA, Hamburger, MAC DONALD, PIZZA - SEMUA ini adalah AMERIKA. Rahmati kami, Diri saya apabila melihat alamat ini - bagaikan RIBUT dan bagaikan GUNUNG BERAPI meletup di dadaku! Kita mahu umat semua memulaukan barangan-barangan ini. Dari botol PEPSI kepada kereta, kepada Kapal Terbang. Kita menuntut Kerajaan dan Umat Islam menganjurkan Jawatan kuasa untuk melaksanakan pemulauan dan hendaklah diberi keutamaan.


"Semua alternatif yg ada padanya mestilah di pulaukan. Apa yang membuat saya menaiki kereta Amerika, dimana kita boleh membeli kereta Jepun atau Jerman? "SAYA TIDAK RUGI APA-APA PUN? Pemulauan! PEMULAUAN ini adalah satu KEWAJIBAN keatas SEMUA, Baik tua atau muda. Kita dipermulaan Kebangkitan (Intifadah), lihatlah keajaiban Tuhan. Kami melihat kanak-kanak berkata kepada orang tuanya : "Tidak Bapaku, Tidak Ibuku, Ini Semua barangan Amerika yg diharamkan".


Kita melihat saudara-saudara di Kirala India yg berkumpul di hari Jumaat contohnya, "Ini COLA dan setiap tangan memegang botol COLA dan menunjukkan pemulauan dengan memecahkannya! APA YANG MEMBUAT UMMAH ISLAM BERIHAT-RIHAT? Kita mahu dari Umat semua, baik lelaki, wanita, dari ibu-ibu dirumah agar mereka tidak membeli barangan Amerika! Kemungkinan wujudnya barangan Israel yg menyorok dibawah nama dan tandanya. Siapa yang tahu bahawa barangannya pulaukan! Haramkan mana-mana barang yang diharamkan! Adalah merupakan suatu DOSA dari DOSA-DOSA YG BESAR BARANG SIAPA YG MEMBELI BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA PADA MASA INI! Ini merupakan salah satu jenis perjuangan JIHAD! Satu perlepasan yg kita lakukan dan menasihatkan antara satu sama yg lain.


(Khutbah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, April 2002 )


Dipetik daripada Addean’s Web Blog


Mungkin ada yang akan berkata kalau setakat seorang dua yang boikot tak guna jugak. Israel still dapat keuntungan berbillion setahun.
Yup.. memang betul! Israel tak rugi apa-apa, tapi at least dah lepas tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk saudaranya yang lain. Jangan kelak dekat akhirat Allah persoalkan kita kemana harta kita digunakan selama ni?

Lagipun ingatlah, Allah tak tengok hasil tapi Allah tengok usaha kita


Now…
If we don't change society
Then we are part of the cause
on the Day of Judgment
We are going to stand
in front of Allah
There will be no excuses
For being useless

Without Islam in our lives
Our lives are fruitless
Leaving behind
all things
taking nothing
but our deeds
On the last day it will be
too late to repent
We will be accountable

For every minute &
cent that we spent
Islamically intact
My brothers got my back
Shaitan can't attack
because were always in a pack

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS


Thursday, February 10, 2011

Kalau boleh kembali ke zaman silam, masa mana yang kau akan pilih?


Bismillahirrahmanirrahim...

“Kalau boleh kembali ke zaman silam, masa mana yang kau akan pilih?” Soalan Formspring aku.

Aku akan cakap, aku nak kembali ke masa selepas aku dapat result SPM. Masa yang mana aku dapat interview SPC MARA untuk buat farmasi kat oversea. Tapi aku pergi interview dengan tak serius. Last minute preparation. Biasa la kan, lelaki. Last minute works always works. Dan aku kena reject. Heh. Tak sedih pun.

Tapi kalau time tu aku buat betul-betul dan aku diterima, mesti sekarang aku dah ada dekat Florida. Tengah duduk makan aiskrim sambil tengok daun-daun yang luruh. Mesti happy tahap giga tera sehingga melangkaui langit ketujuh punya la.

Tapi bila fikir balik. Kalau bukan sebab failed interview tu, mesti aku takkan masuk KMP dan aku takkan jumpa member-member yang coolio, moolio semua. Dan aku jugak mungkin takkan dapat datang UNPAD ni hasil belas ihsan MARA. Dan aku tak perlu bersusah payah dalam bidang medical yang aku rasa macam boleh menjadikan aku gila dalam beberapa saat je lagi.

Tapi ini la jalan yang aku pilih. The less travelled road.


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference

So, nak tak nak kena usaha jugak. Even though it’s hard and hurts like hell and may cost lots of blood and tears for the start.


Come hell or high water still need to pass through everything.

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows


Tuesday, February 8, 2011

Dengan keyakinan

Bismillahirrahmanirrahim…
Salam semua. Masa untuk aku bertapa dah pun tamat. Heee~
Masih dalam proses mencantumkan carik-carik hati. Menguatkan diri. Kucuba bina benteng-benteng akidah walaupun mungkin tidak sekuat dan seteguh Tembok Besar Cina, namun sekurang-kurangnya aku mencuba bukan? Mohon doa semua agar aku terus bertahan di atas jalan akidah Islami yang sebenar. InsyaAllah.
Untuk kali ini. Aku tidak mahu menulis kerna aku masih dalam mode *berkabung*, jadi mudah-mudahan artikel yang aku petik daripada website Ustaz Pahrol ini bisa membantu kita memuhasabahkan diri buat seketika. Mudah-mudahan. InsyaAllah.
Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman orang yang hina (justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah) diangkat dan dimertbatkan ke darjat yang mulia.
Manakala orang yang mulia (kerana akrabnya dengan Allah serta sangat menjaga hukum-hakamNya) telah dianggap hina. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang beriman juga yang menghargai mujahid, syuhada’ dan para solehin.
Justeru, ketika nama dan harta mula melengkari hidupmu… mungkin ketika itu percikan-percikan api jahiliyah mula membakar jiwa mu. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Bukan mudah untuk meletakan dunia di tangan, iman di hati. Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.
Ya, berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!
Lalu aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika berbicara tentang hati. Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab oleh limpahan peringatan. Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain!
Dunia yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak sudi berpaling kepada para muttaqin. Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan semakin dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat Islam sendiri. Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja tanpa menggamit nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika bekerja tanpa diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para mujahidin di seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah dan disekat oleh pelbagai tribulasi dan mehnah.
Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun jika dibandingkan dengan kesusahan mereka. Berdoalah untuk mereka… agar diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan serta keberanian dalam menghadapi pejuang syaitan (fisabilitthagut). Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan menyusur jalan-jalan mulia yang kau telah rentas itu.
Untuk mu pengunjung blog, izinkan aku menguruskan beberapa cabaran ketika ini. Insya-Allah, akan menyusul nanti entri yang lebih serius dan menjurus. Namun, sebelum berpisah terimalah dariku sekadar dua tulisan ini sebagai “selingan”.
Bagi mereka yang begitu beria-ria untuk ke hadapan… milikilah dulu jiwa yang kental. Sesungguhnya persediaan akan memantapkan bakat. Kesabaran akan meningkatkan minat. Menulis itu memerlukan keyakinan bukan hanya keringat!
i) PEDANG SAYIDINA ALI
Sayidina Ali punya pedang yang begitu digeruni oleh musuh-musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya. Berita tentang kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengan berita kehebatan pedang itu, lelaki itu pun datang menemui Sayidina Ali dan berkata,” tolong pinjamkan aku pedang mu yang hebat itu.” Tanpa banyak bicara Sayidina Ali pun meminjamkan pedang itu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu sangat gembira. Apabila sahaja terjadi peperangan, dia pun pergi dengan membawa pedang itu sekali. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayidina Ali itu.
Tidak lama kemudian perang pun tamat. Lelaki itu pulang dengan pedang yang dipinjamkan oleh Sayidina Ali itu. “Nah, ambillah kembali pedang ini,” katanya sebaik menemui Sayidina Ali. “Bagaimana, hebat tak pedang ini?” tanya Sayidina Ali. “Ah, biasa-biasa sahaja. Jika aku tahu begini, tak akan aku pinjam pedang ini daripada mu. Mengapa pedang ini tak sehebat yang diceritakan?” “Kau hanya meminjam pedang, tetapi kau tidak “meminjam” tangan yang memegang pedang itu!” kata Sayidina Ali.
Pengajaran:
Kekuatan utama manusia bukan kepada alat-alat yang digunakannya, tetapi pada dirinya sendiri. Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak. Di tangan orang yang dungu, teknologi walau secanggih mana pun tidak akan dapat digunakan. Manakala di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu satu kejahatan dan kehancuran.
ii) MISKIN HARTA, MISKIN JIWA
Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. “Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” “Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis. “Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.” “Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?” Pendakwah terdiam. Dalam diam dia berdoa. Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.
Pengajaran:
Malas adalah satu dosa. Ramai yang tidak nampak hakikat itu. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuk atas hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang… menipu diri sendiri!

Mudah-mudahan kita semua tidak menjadi seperti anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain! Dan ingatlah Malas itu suatu dosa dan malas taubatnya dengan rajin berusaha.
Semoga Allah memberkati anda dan saya yang membaca.
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
~Mengemis kasih – Raihan~
Gamsahamnida, arigatogozaimasu…. =)
Annyeong hi gye se yo

Friday, February 4, 2011

i'm miserable


I just can’t pull myself back together anymore. I’m at a low point of my life right now. Seriously. I’m down. I’m miserable. I’m terrible with people. I’m scared. I’m unmotivated. I feel unloved. I feel like running away. I feel hollowed. I feel like crying. I’m useless. I feel that if I die, it wouldn't make difference to anyone at all. I wake up and try to put a smile on my face.


I just can’t! I try to laugh at people’s jokes but I ended up laughing at myself for trying too hard. I know I’m not perfect. I’m not handsome enough. I’m not tall enough. I’m not intelligent enough. I’m not competent enough. I’m not brave enough. I’m not loving enough. I’m not successful enough. I’m not good enough. I’m just out of place. I don’t belong here. I try to live with that fact.



I know I’m here to do something that I’m able to do something but I just can’t see the way. It seems that I’m not contributing anything at all. And the world will be a better place without me. I do not wish to die. I just want to be away, to a place where I can just be miserable on my own and not ruining other people’s lives. I’m sick. I know that. I just can’t hide it anymore.


I want others to know but I also wish that they’ll let me be. I want to love but I can’t. I’ve prayed for strength. God’s willing, I am strong. But right now, I’m just too tired. I want to write myself a happy ending.


Luahan kat atas ni actually aku ambil daripada blog pingu toha. But seriously, ini la apa yang aku rasa sekarang ni. Every single word! I meant it.



Miserable. Yeah, I’m totally miserable right now. Rasa macam nak hentak je kepala ni. Heh.

Tired. Too tired for all this things.

Lonely. Feel so alone despite lots of people around me everyday.

Geez. Hope I’ll be better sooner.


Though alone I'll say with a smile though no one will know it today
Though alone I'll say I'll laugh though no one will know it today




*sitting in my emo corner*



Thursday, February 3, 2011

kenapa aku buat blog


Bismillahirahmanirrahim...

Ada orang tanya aku. “Q, kenapa kau buat blog eh?”


Ehm.. kalau nak difikir balik, aku sekadar menulis untuk throw out segala apa yang ada dalam kepala aku ni. Aku tak pandai melukis jadi aku tak boleh nak draw and paint perasaan aku. Aku tak pandai menyanyi jadi aku tak boleh nak lagukan hati aku. Dan aku pun tak pandai menulis. Sebab tu, takde orang nak komen sangat apa yang aku tulis. Blog pun tak feymes. Ye la, blog aku simple je tak sylio, coolio macam blog budak indie ni. Jangan kata nak baca, nak klik pun orang tak nak. Aku pun tak pandai nak buat lawak walaupun selalu kena gelak dan aku tak lawa, cantik untuk buat blog macam Fatin Liyana. She’s my senior. Heh. Jangan jealous.

This is my blog,
My way,
My mind,
My say,
If you don't like it,
Get out go away,

Tapi aku tak kisah. Sebab aku menulis untuk aku sendiri. Aku tak pandai bercakap. Setiap kali aku bukak mulut mesti ada je yang aku akan kena complaint. Sebab tu aku prefer untuk diam dan biarkan tulisan aku yang berkata-kata dengan sendirinya.


Dan tak kurang jugak yang komen cakap aku ni jiwang. Okey fine! My bad. Sorry sebab kadang-kadang aku post rasa hati aku dekat sini. Sekali lagi aku cakap. Aku tulis blog ni untuk aku sendiri bukan untuk orang lain dan mungkin korang akan nampak the other side of me yang aku tak tunjuk dekat luar.

Cause this is my site,
My crib,
My likes,
If you don't like it,
Get out of my site,


Dan yang paling tak best. Disebabkan blog ni, aku terpaksa merajinkan diri aku untuk banyak membaca. Cuba bayangkan untuk nak letak satu nama muscle dekat kepala ni pun, aku sanggup bukak buku anatomy yang besar gedabak tu. Tak ke diluar kebiasaan aku ni? Dan aku kena search banyak kali dekat internet sambil tanya Pak Cik Google kalau aku nak tulis something yang agak pelik macam OCD ni. Selama ni online sebab tengok facebook dan usha awek-awek cun je. Tapi hari ni, aku online untuk benda yg berfaedah. Huish.. agak bangga di situ.

A place where I can hang out,
A place where I can shout out,
All the feelings I keep inside,
I post it all on this site.

Dan untuk orang yang tak puas hati dengan aku.. take this

If you wanna hate me, then hate me!
If you wana hit me, then hit me!
If you wanna kill, then kill me!
If you wanna be me, you can't be!




*sitting in my emo corner*