Pages

Thursday, March 31, 2011

TABBARUJ




Monday, March 28, 2011

Sabar

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahagian iman
Jadikan ia satu amalan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang
Mendamaikan hati yg rawan

Begitulah satu gambaran
Orang yang diduga dalam kehidupan
Pastinya kan tiba kemudahan
Ganjaran iman di sisi tuhan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang
Mendamaikan hati yg rawan

Kata pujangga orang yg bersabar umpama sang pahlawan
Gagah berani ia digeruni berkorban rela mati

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan



imperfection is beautiful

Abdullah ibnu ‘Amr ibnu Al-‘Ash ra. berkata, Rasulullah bersabda, “Seorang muslim adalah orang yang membuat semua orang selamat dari (gangguan) lisan dan tangannya, dan orang yang hijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” (Muttafaq ‘alaih)



jika anda tidak akan meminum air yang kotor,

anda akan haus. Adakah orang yang selalu bersih minumannya?

jika anda dalam setiap urusan selalu mencela teman anda

maka anda tidak akan lagi punya teman yang bisa anda cela


ingin ku jemput bidadari


Aku duduk termenung di tepi tingkap. Kepala didongak mengadap langit. Ku renung bintang, ku tatap bulan dan ku lihat langit. Laptop di atas meja studi sengaja dibiarkan terus berbunyi dengan Menjemput Bidadari-Seismic.

Segera kan ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku

Ya Ilahi Robbi
Keras ku mencari diri
Sepenuh hati

Entah berapa kali sudah aku asyik mendengar lagu ni aku sendiri pun tak tahu tapi yang pasti di kala ini terasa seperti ada sesuatu yang sedang menyesakkan dada, melemahkan diri. Perlahan aku mengalihkan badan dan bergerak ke arah katil. Dihempaskan tubuh ke atas katil sehingga berbunyi katil dibuatnya.

Direnung kosong syiling sebelum aku mengalihkan pandangan pula ke arah sehelai kertas A4 yang ditampal di dinding bersebelahan tingkap.

Perlahan ku baca tulisan yang tertera.

“Mencari jodoh yang baik adalah dengan senantiasa memperbaiki diri hari demi hari. Lalu kita menjemputnya daripada tangan Allah dengan diiringi senyuman sang bidadari.-Salim A. Fillah.”

Senyum sumbing tanpa sedar terukir di bibir. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan aku… aku bukanlah lelaki yang baik. Keluhan berat terus dilepaskan, entah untuk yang keberapa kali, aku sendiri pun tak pasti.

Teguhkanlah ku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan ku jemput bidadari
Tuk bersama menuju-MU mengisi hari

Aku hanyalah pungguk yang bisa mengintai bulan di sebalik dahan, akankah aku bisa terbang tinggi menjadi bintang mendampinginya?




Sunday, March 27, 2011

nasi goreng belacan

            akankah kau mengerti rasa
yang tertanam di sanubari ku ini

Memandangkan semalam lepas jamuan badge ada nasi putih lebih lagi, so aku dengan rajinnya hari ni terasa nak masak nasi goreng belacan.*Ketawa*. 1st time aku nak masak nasi goreng dalam hidup aku. Lepas beli barang dekat Jatos, aku terus masak. Thanks to jiran sebelah aku(Amal) yang sudi bagi pinjam periuk elektrik dia, senang sikit aku nak masak daripada pakai magic jar.

Lepas dah siap aku bagi la budak-budak ni makan dan diorang cakap sedap walaupun aku rasa macam tak je.*Ketawa lagi*. Dan si Fhaisol cakap pedas berdengung. Maunya tak pedas, aku tibai bubuh cabai sampai lapan biji. Biasa orang buat pakai empat lima biji je.*Terus ketawa*. Aku kan suka pedas tapi lepas aku makan je aku sendiri terus masuk tandas sebab sakit perut.

Seriously, semalam diorang cakap kek coklat yang aku buat sedap. Ibu bale sendiri cakap macam Alamanda punya kek. Hiperbola giler. Ok, honestly aku bangga sebab aku memang tak reti masak pun sebelum ni tapi bila lama-lama rasa annoying la jugak sebab kek yang aku buat tu bukan susah pun. Just ikut resepi yang mak aku bagi dah siap.

Mell mintak aku tolong buatkan pudding caramel untuk dia 16 April ni sebab dia nak pergi picnic dan Madi mintak aku buatkan pudding roti. Seriously aku cakap dengan korang, korang boleh suruh aku masak apa pun, kalau aku reti la kan sebab aku memang nak belajar memasak pun tapi tolong la bagi aku barang. Jangan la pakai air liur je. Aku bukan ada duit sangat. Nak simpan buat beli motor dekat Malaysia nanti lagi. Adoyai… aku dah rasa macam tokei kedai bakery la pulak sekarang ni. Elok-elok niat aku nak bukak hospital sendiri nanti, tak fasal-fasal tertukar dengan kedai kek pulak.

Dan lagi satu, tadi aku dah janji nak buatkan kek birthday untuk someone tahun depan. Ermm… nasib baik aku memang nak beli oven pun bila duduk rumah nanti.


: Hope sangat tahun ni, aku boleh jadi orang yang ada keyakinan diri.


Saturday, March 26, 2011

kerana kek...

 mengapa hanya padanya
tercurah seluruh rasa?

Malam ni akan jadi malam yang cukup meletihkan. Terpaksa masak kek coklat untuk jamuan badge esok. Fuhh, mata dah nak pejam ni tapi magic jar still tak dapat, so tak leh nak mula masak lagi la.

Cuba la bayangkan magic jar just ada dua je tapi nak masaknya macam-macam. Terpaksa take turn la nak guna. Tadi aku ulang-alik dua kali pergi jatos. First, pergi beli barang untuk kek coklat dan teringin pulak nak buat kek tiramisu, so belek-belek la cream cheese tapi nak terbeliak biji mata aku tengok tanda harga 54k. Hampir setengah jam aku duk kat site barang sejuk beku tu semata-mata nak pastikan ada tak cheese yang murah lagi.


Pastu dengan hampanya aku balik sebab tak jumpa cheese yang murah lagi, cari dekat Griya pun tak jumpa gak. Tapi bila dah sampai bilik, tiba-tiba je terasa nak buat gak kek tiramisu. So, konklusinya aku pergi balik Jatos beli cream cheese yang 54k tadi. Aah, mahal tak mahal… ada aku kisah? Kalau bab memasak ni, apa saja pun aku sanggup. Gila kan aku ni.

Tapi kan macam tak jadi je kek tiramisu yang aku buat ni…Haha. Aish, teruk betul la aku ni. Tak kisah la, kena tunggu esok lepas dah sejukkan la nak tahu jadi tak jadi pun.
Dan bukan tu je. Aku buat kek batik gak..Haha. Sajeje tangan aku gatal nak masak. Ni pun aku tak tahu jadi ke tak. Aku bukan reti masak pun. Kalau makan aku expert la. Memang sah otak aku dah tak betul.

Seriously aku mengantuk. Haish, mana la magic jar ni?


Thursday, March 24, 2011

untitled


Di luar tingkap, langit masih lagi menangis. Titis-titis hujan terus membasahi bumi. Membiarkan aku terus terperangkap dalam ruang emosi aku sendiri.

Belakangan ini, aku sering merenung syiling, melihat tembus kearah masa yang aku sendiri tidak pasti. Aku ingin berubah…  berubah menjadi baik, berubah menjadi manusia yang berguna, berubah menjadi… ahh… terlalu banyak yang aku ingin ubah sehingga tidak mampu untuk aku lafazkan dengan hanya coretan kosong ini.

Tapi aku sentiasa gagal. Aku terlalu lemah untuk mengawal diri aku sendiri. Kadang-kadang aku terasa seperti…ahh..aku tak mampu untuk terus menulis. Hati terasa hangat, nafas kian deras.

biarkan aku hidup sendiri
dalam duniaku yang sepi
biar hari-hariku berlalu
dengan rasa yang hanya
aku mengerti

salahkah aku
meminta begini?

Aku sendiri tak pasti kenapa aku begini?


Tuesday, March 22, 2011

finally...stepmania


Akhirnya….setelah berhari-hari aku menunggu detik dan ketika ini, dapat jugak aku main dance pad..huhu.. Kredit to aqeyls yang sudi bagi aku pinjam cd stepmania dia walaupun setelah puas aku merayu.



Pergh. Mula-mula aku ingat senang je nak main benda alah ni, tapi tak sampai satu game dah penat dah. *Ketawa*. Menari digital bounce pun aku tak rasa penat macam ni. Nampak sangat aku ni tak pernah pergi arcade game. *Masih ketawa*.

Lepas ni tiap-tiap petang boleh la aku bawak keluar peluh daripada asyik tidur je. Tidur, tidur, tidur…itulah kerja aku sejak aku datang UNPAD ni. Nak main Dota takde geng. Mana best nak main sengsorang.

Sibuk menari pun, study tetap tak leh tinggal..Hehe… Baiklah~

bila tengok kawan kena DHF


Beberapa hari yang lepas pergi la rumah sakit al-Islam tengok member yang kena hemorrhagic fever. Dia punya thrombocyte count low dan itu yang menyebabkan bleeding.

Bila tengok dia yang dulunya ceria, pantang diajak berlawan cakap tapi sekarang nampak pucat dan diam je. Mula terasa betapa nikmatnya kesihatan yang Allah bagi selama ni. Rasa sedih pun ada dan tiba-tiba teringat dekat kata-kata ustazah Norbahiyah yang menceritakan mengenai para nabi yang pernah bertanya kepada malaikat tentang tanda-tanda kematian dan malaikat memberitahu bahawa ada banyak sangat tanda-tanda yang diberi tapi yang paling jelas adalah:

1)     Penyakit
2)     Uban
3)     Kurang pendengaran dan penglihatan

Mudah-mudahan Amal cepat sembuh dan Allah terus kuatkan dia untuk bertahan dengan dugaan ini.

“Aisyah ra. pernah bertanya kepada Rasulullah tentang Tha’un (semacam kolera). Beliau menjawab bahawa Tha’un adalah siksa yang diturunkan Allah kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Juga sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Orang yang ditimpa Tha’un, lalu ia menetap di daerahnya dengan sabar dan ikhlas, dan ia menyedari bahwa tidak ada yang akan menimpanya, kecuali yang sudah ditentukan oleh Allah, maka orang itu akan mendapatkan pahala sebagaimana yang  diterima oleh orang yang mati syahid.” (HR Bukhari)


Monday, March 14, 2011

maaf


Kadang kita disanjung, terkadang juga kita dikeji, dihina, diinjak hanya kerana satu kesilapan.

Aah, mengapa manusia mudah sekali berubah hati, berubah rasa?

mudah menilai hanya kerana satu perkara, tidak pernah ingin melihat secara menyeluruh.

namun seringkali payah untuk memaafkan.

bukankah Allah swt. telah berfirman,

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf dan berpalinglah dari orang-orang bodoh.” (Al-A’raf: 199)

“Dan sungguh, kiamat pasti akan datang, maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik.” (Al-Hijr: 85)

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bila Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang” (An-Nur: 22)

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran: 133-134)

Ibnu Mas’ud ra. berkata, “Aku pernah menyaksikan Rasulullah saw. bercerita tentang seorang Nabi shalawatullah wasalamuhu alaihim yang dipukuli oleh kaumnya hingga berdarah. Sambil mengusap darah di wajahnya, Nabi tersebut berdoa, “Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.”’ (Muttafaq ‘alaih)

Aah, manusia memang begini bukan?


~Q’~


Tuesday, March 8, 2011

Laa Tahzan, innallaha ma'anaa






Monday, March 7, 2011

Untukmu Teman


            pungguk bagaikan malu-malu
mengintai bulan di sebalik dahan

Magnum sniper tiba-tiba berdentum daripada handset yang ku letakkan di penjuru meja, memecahkan imaginasi yang sedang karam dalam buku Gynecology.

Terdetik di hati, “Haish, siapa la pulak yang kacau aku nak study ni.”

Handset dicapai, skrin sesentuh ditekan.

“Salam. Q, petang ni jom ikut saya pergi ta’lim dekat masjid jalan Sayang. Ada ustaz yang bagi.” Mesej daripada seorang senior. 

Aku terkesima, terpana seketika. Otakku mula mencerna ayat-ayat tersebut daripada istilah-istilah medic yang sudah sarat dikepala. Aku bermonolog sendiri.

“Nak pergi ke tak nak ni? Banyak lagi nak study ni. Lagipun ta’lim kat masjid ibnu sina ni pun aku selalu ponteng, inikan pulak nak berjalan jauh-jauh.”

“Tapi kalau tak pergi karang dia merajuk lak.”

Diam. Aku terus berfikir. Neuron-neuron diotak sambung-menyambung memikirkan solusi. Akhirnya, “Pergi je la. Bukan rugi pun. Untung-untung dia belanja aku makan petang.” Senyum tawar terukir di bibir.
…..............................................................................................................................................................

Manusia, memang biasa terlupa akan Rabbnya bila kesibukan dunia melanda. Mujur ada senior-senior yang sudi membantu, mengingatkan di kala terlupa. Ya, namanya juga insan. Insan kan maksudnya pelupa, jadi harus sentiasa diingatkan.

Di sini, aku senang sekali dengan jalinan persahabatan yang ditawarkan. Soalan pertama yang ditanya andai bertemu pastilah begini, “Bagaimana iman hari ini?”

Wah, soalan yang sangat sukar untuk dijawab. Seringkali aku hanya mampu tersenyum, mempamerkan gigi yang tidak teratur.

bahasaku tidak seindah pelangi
senyumku tidak secemerlang matahari
tingkahku tidak selurus pedang
namun
masih ada yang sudi menghulur tangan
menjalin ukhuwah

lalu aku tertanya sendiri
“mengapa harus aku?”

“Ya Allah… di sini kami bertemu keranaMu, menjalin hubungan keranaMu dan kini aku mencintainya juga keranaMu. Maka perpisahan selepas ini, biarlah menjadi perpisahan yang diredhai jua keranaMu.”

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat ialah seperti pembawa minyak wangi dan peniup dandang besi. Maka pembawa minyak wangi , sama ada ia menurut kamu, dan sama ada kamu membeli daripadanya, dan sama ada kamu akan mendapati daripadanya suatu bau yang sedap. Dan peniup dandang besi, sama ada ia akan membakar baju kamu, dan sama ada kamu mendapati suatu bau yang busuk.” (HR Muslim)

Dan aku… aku ingin jadi pemakai minyak wangi yang menebarkan bau harumnya ke segenap pelusuk alam menenggelamkan haruman yang lain.

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

~ Untukmu Teman- Brothers ~


~Q~


Friday, March 4, 2011

If you love someone and you can’t get married


           Jantungku terus membeku
            Lidahku terus membisu
            Jangankan untuk menyapamu
            Untuk menoleh pun aku enggan

If you love someone and you can’t get married..

If you love someone a girl so so much and you can’t get married, at the same time you wanna be a good muslim and not break the law of Allah, what should you do?

The prophet mentions that if you can’t get married you should fast.

If a boy and a girl spend improper time without supervision, against the sunnah and they allowed to talk on the phone, to visit each other, and to see each other on the school, on the bus and in the café so so much then it is not gonna take no more 6 month or 2 years for something to happen so so much.
So fear Allah swt.

You need to respect her and leave her alone.

You don’t even have the right to write to her.

You don’t even have the right to call her on the phone.

Maybe you might could stand down the street when she comes and hide behind a tree and just look at her. That might be allowed for you to do. So stay away from that young lady. Talk to her parent, talk to your parent make some point and if you old enough to adopt responsibility, and you got a room in your house. Ask your parent to allowed you to married these girl that you love so so much even if you in school. And it’s better for her to be in your room married then for what may happen if you don’t.