Pages

Sunday, May 15, 2011

marah


Kalau kita tak suka dengan seseorang, janganlah cakap belakang-belakang. Cakap je la depan-depan. Aku lebih suka orang jerit dekat muka aku apa yang dia tak suka fasal aku daripada berbisik dekat belakang aku. Walaupun sakit tapi sakit tu takkan sesakit apabila kita tahu kita ni dikutuk daripada belakang.

Kalau nak tegur biarlah dengan cara yang berhikmah. Guna ayat yang sesuai. Agar tiada hati yang terluka dengan kata-kata kita dan eventhough it still hurt but the pain may not hurt as much.

Dan buat yang ditegur, walau macam mana sekalipun kita annoyed dengan orang tu, cuba la kita buang ego kita dan cuba terima apa yang dia cakap. Dan kalau orang mengata kita sekali pun, buat apa kita nak emo tak tentu fasal. Just take it from a positive site and make it as a booster for us to prove that they are wrong about us. Lagipun Rasulullah sendiri pernah bersabda orang yang paling kuat adalah orang yang dapat mengawal marahnya. Tak perlu nak pakat main lawan mengata.

“Seseorang hamba itu apabila dia bercakap dengan perkataan yang diredhai Allah dalam keadaan dia sendiri tidak menyedarinya, perkataan itu akan menyebabkannya dia dinaikkan darjat dan kemudian dimasukkan ke dalam syurga. Begitu juga seorang hamba yang bercakap dengan perkataan yang dimurkai Allah(perkataan buruk) dalam keadaan dia tidak menyedarinya, maka perkataan itu akan menambahkan dosa dan menjunamkan ia ke dalam Jahanam.”

Tak rugi pun kita jadi orang yang bersabar, diam dan kita layan balik orang yang mengata kita tu dengan cara yang lebih elok. Mudah-mudahan satu hari dia akan nampak kebaikan kita dan mula menerima kita. Bak kata Dr. Fadzillah Kamsah, kalau orang baling tahi dekat kita, kita baling bunga balik dekat mereka. Jadilah engkau seperti pohon mangga, apabila dibaling dengan batu dibalas pula dengan buah.


Dan nasihat sebagai seorang kawan, janganlah kita ni asyik nak tengok keburukan orang je. Nabi s.a.w sendiri pernah berpesan, kalau kita tak suka dengan satu perangai, sukalah perangai yang lain. Sejahat-jahat mana pun manusia mesti akan ada juga terselit kebaikan dalam diri dia dan kebaikan inilah yang kita harus cari dan lihat dengan sedalam-dalamnya barulah kita takkan membenci antara satu sama lain. 

0 comments: