Pages

Wednesday, July 27, 2011

Ainul Mardiah - Penghulu Segala Bidadari

P/S : artikel ini dijumpai ketika sedang sibuk mencari bahan untuk Insoft bulan ini… =)

Suatu pagi di bulan Ramadhan…

Ketika Rasulullah memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), katanya, sesiapa yang keluar berjuang di jalan Allah dan tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari di syurga nanti. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Akan tetapi, dia malu nak bertanyakan kepada Rasulullah kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun demikian, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjuang.
Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (disebut sebagai khailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah dan dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik serta muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah dan ditunjukinya ke suatu arah. Maka pemuda itu berjalan ke arah tersebut dan dia mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat begitu cantik di dunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab “Eh tidak! Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana.”
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan dia lihat ada seorang lagi wanita yang sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai. Kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi. Diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, “Tidak… saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana. Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya sungguh mengagumkan.

Akhirnya, dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang amat cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Wanita itu berkata, “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. Apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab. “Nanti! Kamu belum Syahid lagi!” Pemuda itu pun tersentak lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabatnya yang lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Rasullullah SAW akan tetapi sekiranya dia syahid, barulah boleh diceritakan kepada baginda.

Pada petang itu, pemuda tersebut bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Pada hari yang sama, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, untuk berbuka, maka seorang sahabat telah bangun dan merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang Syahid tadi. Selepas itu, Rasullah menjawab “Benar… benar…benar…”

Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga. Subhanallah…

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74


Thursday, July 21, 2011

Jika Dahulu Ramadan Aku Sia-Siakan



Marhaban Ya Ramadhan!
Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.
Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.
Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!
Jika ada antara yang bukan Islam bertanyaku, 'Tidak lapar kah kamu semua berpuasa selama 30 hari? Kalau aku di tempat engkau, sudah tentu aku tidak dapat memenuhi tuntutan puasa tersebut'.
Maka aku selalu nyatakan pada mereka bahawa, 'aku berpuasa bukanlah bermakna aku sedang kebuluran. Sedangkan di setiap pelusuk dunia masih ramai yang tidak menemui makanan dan minuman. Adakalanya berhari-hari mereka kelaparan namun mereka tetap cuba untuk hidup sehingga sisa-sisa nafas yang terakhir. Aku berpuasa demi mengingati Allah dan ciptaan Allah yang ditakdirkan kekurangan serba-serbi dalam kehidupan, di malam hari aku beribadah memuji Allah kerana aku bersyukur, ditakdirkan hidup dalam golongan manusia yang sederhana. Masih mampu meraih nasi dan lauk pauk. Masih mampu meneguk air berwarna warni lengkap berais. Tapi mereka? Ada yang sekadar meneguk air lumpur. Ada yang menangis, meneguk air longkang. Mengapa tidak kita yang serba cukup ini masih tidak bersyukur?'
Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!
Masya-Allah, Saidina Ali sahabat Baginda S.A.W yang dijamin syurga pun merasakan dirinya mempunyai bekalan amalan yang sedikit, inikan lagi kita yang nyata-nyata sering melakukan dosa besar dan kecil kepada Allah S.W.T? Sekali lagi hati ini bertukar sayu dan hiba. Aku mungkin bijak menyatakan kepada mereka tentang fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi aku sendiri masih banyak melakukan dosa yang sedar dan tidak di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sedangkan aku tahu aku tidak semulia Saidina Ali. Ampunkanlah dosaku Ya Allah!
Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.
Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." [Ali-Imran:185]
Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.
 Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)." [Al-Saf : 10-11]
**
Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan ini lah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.
1)Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]
2)Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain,semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]
Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.
3)Sabda rasulullah SAW tentang kebaikan Ramadhan lagi:
"Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]
Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W bahawa Baginda pernah bercerita kepada sahabat-sahabat Baginda, mengenai perihal syurga Rayyan, iaitu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang ikhlas berpuasa,
4)Sabda Rasulullah SAW mengenai Syurga Rayyan:
"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu di namakan Ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari qiamat mereka yang berpuasa , tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Di katakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu." [HR Al-Bukhari]
Baginda S.A.W juga pernah menyatakan bahawa bukan sahaja pintu syurga Rayyan yang akan dibuka malah semua pintu-pintu syurga akan memperlihatkan isinya( terbuka) dan pintu-pintu neraka akan tertutup selama sebulan.
5)Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dansyaitan-syaitan di gari.[HR Al-Bukhari]
Apabila membaca hadis ini, aku sering berasa lega. Alhamdulillah, tiada syaitan yang akan menganggu ibadahku ketika bulan Ramadhan, sudah pasti ibadah ku akan menjadi tip-top dan sempurna! Tetapi aku sering lupa bahawa hawa nafsu itu masih ada dalam diri. Aku berazam, Ramadhan kali ini aku akan tundukkan hawa nafsuku agar ia patuh menunaikan arahan dan perintah Allah S.W.T.
Di akhir Ramadhan, Allah kurniakan pula satu malam yang tiada tandingannya dengan malam-malam yang lain. Benar bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Seboleh-bolehnya Dia menciptakan hari dan bulan untuk manusia-manusia bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa. Jika Allah itu zalim, sudah tentu Dia tidak akan menciptakan penghulu keindahan Ramadhan ini yakni malam lailatul qadar dipengakhir Ramadhan! Pepatah inggeris mengatakan, Save The Best for The Last.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]
6)Rasulullah juga turut bersabda mengenai keistimewaan Lailatul Qadar:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah telah fardukan ke atas kamu puasa ramadhan, di buka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan di tutup pintu-pintu neraka Jahim, di ikat syaitan-syaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang di haramkan dari kebaikannya, maka ia di haramkan dari segala kebaikan." [Hadith sohih-Riwayat al-Nasa'i]
Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan. Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin
- copy n paste from iluvislam -

Monday, July 18, 2011

sebuah peringatan


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Allah SWT berfirman bermaksud:

"Wahai anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanNya (yang berhak disembah melainkan Dia), Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Barangsiapa yang menuntut agama selain daripada agama Islam, tidak sekali-kali diterima daripadanya dan di akhirat ia termasuk dalam golongan yang rugi.

Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barangsiapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaatiNya, berjayalah dia.

Barangsiapa yang tahu tentang syaitan dan mengingkarinya selamatlah dia.

Barangsiapa yang mengetahui kebenaran lantas menurutinya amanlah dia.

Barangsiapa yang mengetahui kebatilan lalu menghindarinya, berjayalah dia.

Barangsiapa yang mengenali syaitan dan dunia kemudian meninggalkannya bahagialah dia.

Barangsiapa yang mengetahui akhirat kemudian menuntutnya, dia akan diberi hidayah. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dan kepadaNya kamu semua akan dikembalikan.

Wahai anak Adam, bila mana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

Bila mana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bila mana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

Bila mana balasan nanti adalah neraka, mengapakan kamu istirehat?

Bila ganjaran Allah ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?

Bila mana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuanKu, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

Agar kamu tidak kecewa atas apa-apa yang hilang daripadamu, janganlah lupa diri saat gembira ketika ia datang kepadamu.

Dan Allah tidak mengasihi setiap yang dusta dan yang bermegah"

Petikan Hadis Qudsi

- copy n paste from notauntukdiri -

Friday, July 15, 2011

rambling

Mengantuk! Aku lihat jam disebelah, pukul 3 pagi dah pun. Patut la mata ni rasa nak terpejam je. Dah lama tak menulis dekat blog ni. Bukan tak nak tulis, tapi entahlah… takde pape yang menarik pun nak dicoretkan. Kehidupan aku macam biasa, bosan! Makan, tidur, tengok anime or drama. Asyik hibernate dalam bilik ni je. Kepala pun dah tepu.

Nak bagitahu satu benda je, malam ni bulan penuh. Cantik.

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night 
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away