Pages

Sunday, August 21, 2011

Muslim itu sifatnya ibarat air


“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih yang selalu menasihati dalam kebenaran dan selalu menasihati dalam kesabaran.” Al-Ashr

Imam Syafie berkata “seandainya manusia memahami ayat ini cukuplah agama ini baginya…” Mengapa?

Kerana ayat ini secara jelas menekankan bahwa kita semua, umat manusia ini berada di dalam kerugian…di dalam kegagalan kecuali 4 golongan sahaja:

1.      orang yang beriman
2.      orang yang beramal soleh
3.      orang yang menasihati dalam kebenaran
4.      orang yang menasihati dalam kesabaran

Surah ini secara nyata menyuruh kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar setiap masa. Meskipun kadang-kadang kita rasa letih sangat dengan aktiviti harian plus nak kena buat amal ibadah lagi bukan setakat yang wajib tapi nak kena tambah dengan yang sunat lagi tapi ingatlah bahwa apa yang kita buat di dunia inilah yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat nanti, sama ada baik atau buruk. Dunia ini dicipta buat manusia, manusia dicipta buat akhirat.

Imam Ahmad pernah ditanya bila seorang muslim itu boleh berehat? Jawabnya setelah menjejakkan kaki ke syurga.

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang yang mengingat Allah dengan orang yang tidak mengingatnya seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.” (HR Bukhari)

Ya, ibarat orang mati, sebab hidupnya seperti mayat hidup yang tidak mampu untuk memberi kontribusi terhadap umat Islam bahkan hanya menyebarkan bau busuk yang merosakkan indahnya Islam itu.

Tetapi sebelum kita boleh menyuruh orang lain melakukan kebaikan kita mestilah memperbaiki diri kita terlebih dahulu.

Subhanallah

Dalam buku Zero to Hero, penulis ada menyebut seorang muslim ini ibarat air. Sifatnya yang suci lagi menyucikan.

Harus menjadi soleh bagi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyolehkan orang lain(yakni memberi manfaat kepada orang lain, menasihati dalam kebenaran dan kesabaran)

“Seorang muslim adalah yang menyelamatkan muslim lain dari kejahatan tangannya dan lisannya.” (HR Muslim) ------ hadis ini menyuruh kita menyucikan diri daripada keburukan kita sendiri.

“Apakah kamu menyuruh orang lain berbuat baik sementara kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu telah membaca al kitab, apakah kamu tidak berfikir?” (Al-Baqarah: 44)

“Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” (As-Saff: 2-3)

Allah marah kalau kita cakap tapi kita yang tak buat perkara tersebut. At least, bila kita nasihatkan orang lain perkara yang kita sendiri tak buat kita kena niatkan dalam hati, “aku nasihat ni untuk diri aku jugak, supaya nanti aku akan ada kekuatan untuk buat benda ni.” sebagai motivasi untuk diri kita sendiri

Dan kita kena ingat kehendak dan kekuatan itu datang daripada Allah. Apabila kita nampak  orang tu buat benda yang tak baik macam tinggal solat, mencuri dan lain-lain lagi, janganlah kita cepat menghukum kerana kadang-kadang ada benda yang diluar kemampuan dan pengetahuan kita. Sesungguhnya hak untuk menghukum itu hanyalah milik Allah.

Kadang-kadang ada kehendak tapi tiada kekuatan nak buat. Kena usaha jugak.

Hasan Al Banna mengingatkan “Perbaikilah dirimu kemudian serulah orang lain kepada kebaikan.” Kerana orang yang tidak memiliki sesuatu, maka ia pun tidak bisa memberikannya kepada orang lain.

Dan bila kita dah berjaya menjadi suci untuk diri kita sendiri, barulah kita boleh menyucikan orang lain yakni memberikan manfaat bagi orang lain.

Contoh mudah, kita buat something agar ada orang yang ikut apa yang kita buat. Sedekah, puasa dan lain-lain lagi.

Rasulullah pernah bersabda lagi, apabila kita melakukan suatu kebaikan dan orang lain mengikutnya, kita akan mendapat pahala sebagaimana orang yang melakukannya.

Sebut tentang sedekah, dalam buku fiqh keutamaan, Yusuf al Qardhawi ada menyebut tentang bagaimana orang Islam berebut-rebut untuk melakukan ibadah haji dan umrah walhal ibadah haji hanya wajib dilakukan sekali saja bagi yang berkemampuan. Lebih elok andai duit yang kita sediakan untuk ibadah umrah itu kita gunakan untuk membantu saudara semuslim kita yang memerlukan. InsyaAllah, keberkatan itu akan lebih besar.

Ada sebuah kisah dimana haji seorang lelaki diterima oleh Allah walaupun dia tidak pernah menunaikan haji hanya kerana disaat dia ingin berangkat untuk melakukan haji dia memilih untuk menyedekahkan duit tersebut kepada jirannya yang tidak memiliki sumber makanan
Oleh itu, marilah kita menjadi seperti air yang sifatnya suci lagi menyucikan.

Setiap umat Islam wajib untuk menegur kesilapan muslim yang lain melalui tangan, lidah maupun hati dan melalui hati itu adalah selemah-lemah iman. Selagi orang tersebut mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengisytiharkan dia keluar dari Islam selagi itu dia masih seorang muslim tak kira berapa banyak dosa sekalipun yang dia lakukan.

Dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda, disaat kita tengah minum arak dan ada orang lain yang nak minum sekali. Wajib bagi kita larang. Dah lepas tanggungjawab kita dekat situ. Kalau tak, diakhirat kita akan ditanya oleh Allah kenapa kita tak larang dia.

Janganlah kita suka melaknat sesama manusia sebab kata ‘laknat’ hanya boleh digunakan untuk makhluk yang memang jelas Allah dah laknat. Macam Iblis Laknatullah, yang secara nyata dilaknat Allah di dalam al-Quran. Sejahat-jahat Bush pun kita tak boleh nak laknat dia sebab kita tak tahu mungkin suatu hari nanti dia akan masuk Islam.


Rujukan: Buku Zero to Hero – Solikhin Abu Izzuddin

0 comments: