Pages

Saturday, December 29, 2012

Sungguh. Aku Cemburu.



Sungguh. Aku cemburu melihat mereka yang bisa berjuang di jalan Allah tanpa mempamerkan keluh di wajah.

Pergi ke HAMKA, berjumpa saudara seagama daripada Malaysia yang sanggup meluangkan masa dan duit untuk ke Puncak. Bahkan ada yang daripada Bali dan Australia. Sungguh. Aku cemburu melihat mereka ini yang tidak kesah untuk membelanjakan harta dan masa cuti yang mungkin boleh digunakan untuk huhahuha ke arah untuk menjalinkan ukhuwah demi redhaNya.

“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(Al Baqarah, 2: 265)

Melihat seorang senior, yang sanggup meluangkan masa untuk halaqah bersama adik-adik walaupun keesokan harinya sudah mahu exam di Rumah Sakit Hasan Sadikin. Sungguh. Aku cemburu melihat dia, yang sanggup berulang alik ke Jatinangor setiap minggu demi meluangkan masa bertarbiah bersama walau diri sendiri sibuk dengan keperluan sebagai seorang student medic yang sedang praktikal. Bahkan pabila di minta untuk menyampaikan ta’lim dan pengisian jarang sekali dia menolak.

Dan aku. Aku hanya seorang insan yang masih bertatih di langkah dakwah dan tarbiyah ini. Sungguh. Kadang penat dan lelah menggugat jiwa. Apatah lagi bila sering diterjah dengan masalah hati yang tak kunjung sudah. Ya Allah kuatkanlah aku di jalan yang telah aku pilih ini. Amin. Kan ku jadi seperti mereka ini dan juga para sahabat Nabi s.a.w. yang tak pernah lelah di jalan dakwah. InsyaAllah.

“Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua hal; yaitu iri hati terhadap orang yang dikaruniai harta dan dia selalu menginfakkannya pada malam dan siang hari. (juga iri) terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).

Wednesday, December 26, 2012

Kerana dia Aku Berubah. Namun Kerana DIA Aku Masih Bertahan.



“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar Rad: 11)

Setelah hampir setahun mengalami situasi ‘idle’. Doing nothing big. Just sitting around, watching tons of dramas, tidur hampir setiap masa and just wasting time, sampai ke satu tahap aku merasa sangat down, mudah menangis, pantang nampak orang terasa nak marah dan sampai hampir berputus asa dengan diri sendiri. Benarlah, melakukan benda lara tu mampu menghitamkan hati.

Tapi, Alhamdulillah Allah gave me the encouragement to stand up dengan dia yang mungkin tak pernah menyangka menjadi satu motivasi kepada diri aku.

So, apa yang aku nak cerita sekarang ni?

Eheh. Aku just nak kau orang tanya balik diri kau orang, kau orang dah rasa diri sekarang ni cukup baik tak? Dah boleh bawak ke syurga ke pakaian amalan yang kita pakai sekarang ni?

Dalam novel Versus, Hlovate ada tulis bagaimana definisi ‘BAIK’ tu mampu diterjemahkan ke dalam diri seseorang bila someone tu dah berjaya amalkan Islam as a way of life not Biro Agama Islam Kubi eh. Heh.

“Wahai orang-orang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah 2: 208)

Dan itu yang sedang aku cuba cari sekarang ni. Aku akui aku ni tak baik pun, banyak benda-benda buruk yang aku dah buat tapi Allah tutup aib aku tu, dan aku sangat bersyukur untuk itu. Rasa nak nanges.

Mungkin ada yang perasan aku sekarang ni dah berubah sikit, dah tak pasif and senyap macam dulu, ceywah perasan je, entah-entah takde yang perasan pun, well I’m just a quiet boy sitting at the corner of the class. *emo sekejap*. Tapi apa yang aku nampak dekat diri aku sendiri sekarang ni, aku dah makin berani nak bercakap depan orang, nak bagi tazkirah walaupun still tergagap, dan aku semakin mencuba untuk menyibukkan diri dengan kegiatan dakwah. Masuk usrah, pegang usrah, involve dengan program IMAN. And even though this is new to me but still it really does get me excited.

Jujur saja ku akui (ceywah dah macam lirik lagu je.Eheh.) yang aku nak kahwin. So, aku menggunakan KAHWIN tu sebagai satu target aku. Bila aku nampak kahwin dan dia dekat depan aku, aku tanya balik diri aku, layak ke diri aku yang sekarang ni untuk dia? Dia dah lah baik, solehah, lawa pulak tu. Kalau aku masuk meminang dan dia terima, mampu ke aku menjadi bagian yang lebih banyak memberi kepada dia dalam keadaan aku yang sekarang ni?

Jadi aku listkan kelemahan aku, dan aku listkan jugak cara aku nak atasi kelemahan aku ni. Dan Alhamdulillah, dia sangat memotivasi aku. Tapi dalam aku menjadikan dia sebagai sumber motivasi aku, niat yang aku pasang tu aku cuba directkan jugak kepada DIA supaya takdelah perubahan aku ni sia-sia je.

Tapi lepas tak lama tu adalah sesuatu berlaku. Oho..apakah sesuatu itu? Biarlah Allah dan orang tertentu je yang tahu. Agak shock jugaklah di situ, rasa down pun ada, rasa macam  nak kembali kepada state of idleness pun ada. Tapi berkat daripada niat yang tadi yang aku cuba directkan kepada Allah, aku mengadu kepada Allah. Aku mohon DIA bagi aku kekuatan dan tunjukkan jalan. Dan Alhamdulillah, aku masih di sini mencuba mencantum carik-carik iman di dada. Senyum. ^^

So, apa yang kau nak ceritakan sebenarnya ni? Nak buat luahan perasaan kah?

Eh. Takdelah nak buat luahan perasaan sangat pun walaupun adalah jugak sikit kan. Aku just nak bagitahu kat kau orang yang kita ni perlu ada tekad untuk nak berubah ke target BAIK tu. Dan jadikanlah Rasulullah sebagai sebaik-baik panduan, sebab Aisyah sendiri pernah berkata, “Akhlak Rasulullah itu adalah al Quran.” Apa yang ada dalam al Quran ada pada Rasulullah. Dan bukankah Nabi sendiri pernah bersabda, orang yang paling dekat dengan baginda di akhirat nanti adalah orang yang terbaik budi pekertinya. Tak nak ke duduk dekat dengan Nabi s.a.w.? Dan yang wanita, boleh jadikan isteri-isteri Nabi terutamanya Khadijah dan Aishah sebagai panduan.

Payahlah... Ingat senang ke?

Ohoi.. memang lah payah cik Kak dan cik Abang sekalian. Namun, ingatlah mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Dan kalau orang-orang sebelum kita boleh buat, kenapa kita tak boleh? Setiap manusia potensi dia sama, tapi sejauh mana kita menggunakan potensi kita itu, itu yang berbeza. Renungilah kata-kata Nabi s.a.w. sewaktu seorang sahabat (Khabab bin al-Aratt r.a.) mengadu akan teruknya siksaan yang dialami olehnya.

“Sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji sehingga dipotong dua, mereka yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dan tulangnya, tetapi perkara tersebut tidak dapat menghalangnya daripada agamanya, sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari San’a ke Hadhramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah dan serigala terhadap ternakannya, tetapi kamu tergesa – gesa.”

Sabar dan percayalah akan janji Allah. Kelak di sana syurga menanti, insyaAllah. “..tetapi kamu tergesa – gesa.”

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (At-Taubah, 9:111)

Masih tetap tersenyum. ^^

Tuesday, December 25, 2012

HAMKA, Ukhuwah itu Manis Rasanya.



“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri.”

Alhamdulillah. Syukur. Syukur kepada Allah kerana menggerakkan hati ini untuk pergi menuntut ilmu di HAMKA walaupun agak jauh di puncak. 3 jam perjalanan. Tapi ambil 8 jam sebab lalu ikut Bogor. Hoho…Penat kot.

Allah, Allah, Allah.

Benarlah ukhuwah itu sangat manis. Berada di HAMKA walaupun satu hari, cukup membuka minda dan hati bahawa dakwah itu bukanlah mudah, namun itu bukanlah tiket untuk kita mengaku kalah sebelum berjuang. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu : 'Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal keni'matan hidup di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah akan menyiksa dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (At-Taubah, 9:38-39)

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (At-Taubah, 9:111)

Dan kesempatan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru, cukup menghiburkan. Melihat keakraban mereka, yang sudah lama berkenalan melalui program-program IKRAM walaupun berlainan tempat dan universiti menimbulkan sedikit iri di hati. Kami makan pakai talam kot. Satu talam 5 orang. Korang ada? Eh. Siap pakai 'ana', 'enta', 'antum' lagi. Ok, that's awkward. Ehe.

“Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim.” (HR Bukhari.)

Moga apa yang aku dapat di HAMKA walaupun sedikit, dapatlah aku amal dan serapkan ke dalam bulatan gembira aku. InsyaAllah.

                “Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu.” (al Hajj:78)

Dan sungguh, Dia telah memilih aku. Moga aku tetap teguh di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini. Amin.


Senyum, sambil menampakkan gigi yang tersusun rapi. Eh.

Saturday, December 22, 2012

HAMKA Aku Datang. Dufan Maafkan Aku.



Its gonna be quite a busy week.

Eh. Bukan dah start cuti Krismas ke? Bukan patut dapat at least cuti seminggu ke? Anda tertanya.

 Ohoi… memang. Memang dapat cuti 10 hari pun. Ehe. Tapi, biarlah cuti ini menjadi cuti yang bermakna dalam diri, tak hanya menjadi hari-hari cuti yang digunakan untuk qada tidur, qada tengok movie dan drama korea. Heh.

So, mula-mula before long, decide nak pergi Duffan cuti ni. Duffan? Apa tu? Sejenis makanan kah? Owh, tidak. Duffan tu lebih kurang macam theme park la. Dekat Jakarta, pun ada plan nak pergi Atlantis (water park) berhibur melepaskan lelah belajar sambil bermalam di kedutaan.

Tapi, tak sampai seminggu before cuti dapatlah khabar daripada seorang teman yang sudah lama tak bersua muka sekadar berhubung di facebook, yang ada program HAMKA di Jakarta. Hamka? Eh? Pak cik Hamka tu bukan dah lama ke takde? Bukan. Bukan Hamka yang itu la, ini HAMKA atau nama sebenarnya Himpunan Akbar Mahasiswa Kita yang merupakan satu program tarbiyyah sambil mengumpulkan seluruh students Malaysia di Indonesia yang mahu berkumpul atas nama ukhuwah.

                “Sesungguhnya, setiap mukmin itu bersaudara.”(al Hujurat, 49:10)

Lalu tersentuhlah hati nak pergi. Dan akhirnya setelah berfikir panjang. Demi untuk nak improve diri untuk nak kahwin, aku decide untuk pergi ke Jakarta dengan tujuan bertarbiyyah bersama teman-teman baru di HAMKA daripada pergi berehat sebentar di Duffan bersama teman-teman yang aku dah kenal tiga tahun kat UNPAD ni. Hoho…miane, maafkan aku teman.

Terpaksa berkorban kali ini. Moga ada rahmatNya. Bak kata Ustaz Pahrol, untuk mendapatkan sesuatu kita harus mengorbankan sesuatu. Dan kerna itu kita haruslah memastikan apa yang kita dapat itu adalah lebih baik berbanding apa yang kita korbankan. Sedangkan Islam sendiri menggalakkan kita mengorbankan perkara yang baik untuk perkara yang lebih baik. Sepertimana Ibrahim a.s sanggup menyembelih anaknya Ismail a.s yang sangat disayanginya demi mendapatkan cinta Allah, pemilik kepada segala cinta dan juga seperti para sahabat yang sanggup meninggalkan harta mereka di Mekah untuk ikut berhijrah ke Madinah bersama Nabi s.aw..

Allah…Allah…Allah… Alangkah hebatnya mereka ini. Sebak. Moga aku juga bisa menjadi sekuat mereka di atas jalan agama yang benar ini. Amin.

HAMKA aku datang, Duffan maafkan aku. Moga Allah permudahkan urusan sepanjang minggu cuti ni. InsyaAllah.

Friday, December 21, 2012

21/12/2012 Kiamat? Ohoiii...


Esok 21/12/2012 hari kiamat? Eh. Terasa bergetar hati.

“Kau percaya esok kiamat? Khurafat tu. Berdosa besar tu.”

Owh… tidak. Tidak kerana mempercayai hari kiamat itu besok , tapi kerana terfikir,  andai saja kiamat itu tiba, sudahkah cukup bekal yang hendak di bawa bertemu Allah yang Esa. Sudah cukupkah tarbiyyah, sudah cukupkah dakwah yang dibawa untuk meminta rahmat ke syurga daripadanNYA. Sudah mampukah aku untuk berhadapan dengan fitnah yang bakal maha hebatnya daripada Dajjal?

“Ya Allah, aku memohon kepadaMU akan rahmat dan syurga firdausMU dan lindungilah aku daripada fitnah al masih dajjal. Amin”

Sebak.

Allah…Allah…Allah

Syukur. Syukur sangat bila wujud akan isu kiamat pada 2012, kiamat 14/12/2012/, kiamat 21/12/2012. Kerana pada saat ini orang akan sibuk membicarakan soal kiamat ini dan sekaligus mengingatkan diri yang sering lupa ini akan hakikat bahwa kiamat itu pasti tiba, cuma soal akan bila dan ketikanya kiamat itu berlaku, biarlah ia tetap menjadi rahsia Allah.

Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang kiamat, “Kapan terjadi?” Katakanlah, “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu ada pada Tuhanku….” (Al-A’raf 7:187)

click to enlarge