Pages

Monday, January 30, 2012

Bukan Tidak Suka...

Bukan tidak suka.
Bahkan jauh sekali ingin membenci.
Aku cuma tidak kuat ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa.
Aku juga bukanlah lelaki yang tebal imannya di hati.
Lantas kerana itulah aku melarikan diri.

Sunday, January 29, 2012

lensadaie

Skype notification tiba-tiba berbunyi.

“Assalamualaikum Qofa.. kau kenal tak sape penulis blog dari lensa da’ie?” Seorang sahabat bertanya.

“Tak tahu la.” Aku menjawab. Padahal aku tahu je pasal blog tu. Tak silap aku nama penulis dia yang macam dekat dalam facebook, Csi Haikal Azhar. Tapi tak pernah pun aku blogwalking ke situ.

“Serious? Ada nama kau la.” Dia tanya aku lagi. “Kau kenal dia kan?” Dan dia pun bagi la aku link ke blog ni. lensadaie

And then aku pun klik la, nak tengok betul ke ada nama aku. Dan nak tahu apa aku jumpa? Memang betul pun aku jumpa nama aku.

“Akhi..ana ada nak kongsi..harap dapat kaitkan dengan penerangan akhi jefri tadi.” Jawab Qofa
“Silakan..” balas Akhi Ikhsan.
Qofa memulakan hujahnya..

Aku pun senyum je la. Haha..tak sangka ada orang nak pakai nama aku. Haha.. Ntah-ntah dia ambik nama tu daripada Qofa yang lain kot. Perasan je aku ni.

“Tak la. Tak kenal pun. Ada la kawan dekat fb dan dia pun kadang-kadang like status aku. Tapi tu je la.” Aku balas skype kawan aku tadi.

“Ooh.. aku ingatkan member kau. Bukan apa, sebab time aku baca semalam aku kenal satu part ayat ni, aku penah tulis dalam blog. Lagi-lagi ada nama kau, ingatkan kau… haha..”

Aku pun gelak je la sorang-sorang depan laptop ni. Maafkan lah aku ni sebab menghampakan kau punya expectation tapi aku ni idak le pandai sangat nak menulis cerpen ni. Setakat tulis ayat-ayat putus fius untuk diri sendiri tu boleh la.

Haha… Anyway, nice blog brother. Mudah-mudahan Allah kukuhkan kita dalam jalan dakwah ni. Amin.

Saat Hati Disentuh..
Maka terserlah kuasa cinta..
Yang mengubah segala paradigm kehidupan..
Saat Hati Disentuh..
Maka terbayang hakikat kekuasaan Allah..
Yang menyebarkan cinta kpd hambanya..
Ya Allah..
Sampaikanlah tahap kecintaan yang tertinggi kepadaku..
Terhadap agamaMU.
~Lensa Daie~

Saturday, January 28, 2012

Ya Allah...

Ya Allah, ku mohon Engkau buka besar-besar hati ini untuk menerima ujian-Mu. Letakkanlah rasa redha ke dalam hati ini, ya Rabb. Jangan Kau buat hati ini tersesat kerana perasaan yang melampau, ya Allah. Engkaulah penentu takdirku. Engkaulah Pencipta-ku. Engkaulah yang maha Esa. Ya Allah, dengarlah rayuan hamba-Mu ini. Alhamdulillah, hati rasa sedih. Alhamdulillah, Engkau menguji ku. Alhamdulillah, Engkau betulkan hakikat hidup ini. Maka Engkau lapangkanlah dada ini dan rehatkanlah ia. Sungguh sedih hati ini apabila mengetahui bahawa diri tidak mampu mengawal perasaan ini. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang sabar, Ya Rabb. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.

Ya Allah..maafkanlah hambamu ini..

Friday, January 27, 2012

Adakah seseorang itu dianggap ikhlas sekiranya ibadah itu dilakukan semata-mata kerana takutkan Allah?

Adakah seseorang itu dianggap ikhlas sekiranya ibadah itu dilakukan semata-mata kerana takutkan Allah?


Menurut Imam al-Ghazali, ikhlas itu ada 3 tahap:
i)                    Tahap seorang hamba
a.       buat sesuatu sebab takut tuan dia marah, seksa dia
ii)                  Tahap seorang pedagang
a.        buat sebab nak dapat pahala, nak dapat syurga, nak berjaya dalam periksa
iii)                Tahap seorang kekasih
a.       buat sebab nak dapat redha Allah, sebab sayang hubungan dengan Allah

“Ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia-rahsia aku. Aku letakkan dalam hati hamba aku yang terbersih.” - Hadis Qudsi

Thursday, January 26, 2012

Takut nak post pasal hukum

“Aku takut la nak post benda-benda yang macam hukum ni. Takut orang tak leh nak terima apa yang kita cuba nak sampaikan.” Aku meluahkan apa yang terbuku di dada kepada salah seorang teman yang sedang menuntut di Mesir.

“Takpe je, lagipun yang kau post tu datang daripada ustaz sendiri bukannya kau tulis bawak hukum sendiri. Tapi tengok jugak la, kalau macam dekat Mesir ni takpe sebab kami memang amalkan biah solehah, kalau dekat tempat kau payah nak control sebab social, so rasanya memang ramai yang akan terasa.”

“Okey tak kalau aku post yang macam ni?” Aku bertanya tentang sebuah post yang terdapat dekat wall facebook aku.

“Ehm, rasanya ayat kena halus lagi kot, contoh kalau nak post benda-benda macam tu buat la ayat pujuk-pujuk sikit. Contoh ada sorang senior kat sini, dia suka tegur akhwat tapi ayat dia buat semua orang boleh terima benda tu walaupun benda tu memang buat orang terasa. Tapi sebab dia pandai main ayat, so budak-budak perempuan ni akan fikir jugak.”

“Owh..bek la.” Aku pun cepat-cepat tukar post aku tadi kepada ayat yang lembut sikit nak baca.

Lepas tu dia bagi aku satu link video pasal The Power of Words… Boleh tengok video tu kat bawah ni.


 P/S: Kat sini, aku nak mintak maaf la yerk dekat siapa-siapa yang ada terasa dengan mana-mana post aku yang sebelum ni ataupun yang akan datang. Tak kesahlah sama ada post dekat blog, facebook mahupun skype sekali pun. Aku ni masih lagi budak yang sedang belajar untuk menegur diri sendiri sambil menegur orang lain bersama.


Malunya Rasulullah


“Rasulullah s.a.w lebih pemalu daripada seorang perawan di rumahnya. Apabila beliau melihat sesuatu yang tak disenanginya, kami mengetahuinya dari wajah beliau.” (Muttafaq’alaih)

Ikhlas itu ada tiga


“Zaki, aku ada benda la nak tanya kat kau ni?” Izat, tiba-tiba bersuara. Cuma tinggal diorang berdua je dekat dalam study room, yang lain semua dah masuk bilik.

Dialihkan muka daripada buku The Romanticism yang dah dekat sebulan baca masih tak habis-habis. “Nak tanya pe?”

“Aku teringat la kan, dulu waktu lower form aku ada dengar yang kita ni tak boleh buat ibadah atas dasar sebab nak dapat pahala tu sendiri, betul ke?”

Fikir. “Jap eh.” Macam pernah dengar je benda ni. Aha… “Ehm… Haritu aku ada tengok satu program tv ni. Nama program tu tak silap aku, 30 minit bersama Ustaz Don Daniyal. Dekat situ ustaz tu ada la cerita pasal tiga tahap ikhlas. Kau ada tengok tak?”

Geleng.

“Camni… ustaz tu cakap, kalau ikut imam Ghazali, ikhlas tu ada tiga iaitu tahap seorang hamba, tahap seorang pedagang dan tahap seorang kekasih. Kalau tahap seorang hamba ni, contoh dia macam bila kita buat sesuatu sebab kita takut tuan kita marah.”

“Ooo… jadi selama ni bila aku sembahyang sebab takut kena seksa dekat akhirat nanti, kira ikhlas la ek?”

“Yup betul la tu... Yang kau tanya tadi, pasal kalau kita buat ibadah sebab nak dapat pahala, itu termasuk dalam tahap yang kedua, tahap seorang pedagang. Kita buat something untuk mendapatkan benefit kepada kita pulak. So takde masalah la kalau kau solat sebab nak dapat pahala. Itu pun dah dikira ikhlas.”

“Ooo…”Muncung je mulut Izat mendengar penjelasan Zaki. “Tahap ketiga pulak?”

“Kalau tahap ketiga ni la yang paling tinggi, sebab kita buat atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita buat ibadah sebab kita cintakan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah.”

“Okeyh. Aku dah faham.” Sengih. “Hebat la kau, rilek je cerita pasal benda-benda camni.”

Senyum. “Takde la, aku pun kebetulan haritu tengok kat tv je. Kalau tak, harapan la nak jawab. Dah..dah… Pigi buat homework kau tu, esok kalau kena marah sebab tak siap jangan nak mengadu kat aku lak.” Zaki dah kembali menghadap buku The Romanticism tulisan Harun Yahya ditangan.

“Bek bos.”

“Tinggalkan amal kerana manusia adalah riya’,
buat amal kerana manusia adalah syirik,
tinggalkan kedua-duanya adalah ikhlas.” – Fudhail bin Iyadh

Wednesday, January 25, 2012

You say that...

You say that you love rain,
but you open your umbrella when it rains.
You say that you love the sun,
but you find a shadow spot where the sun shines.
You say that you love the wind,
but you close your window when wind blows.
This is why I’m afraid; you say that you love me too.

-William Shakespeare-


Kalau kita betul-betul hendakkan cinta Allah, tinggalkanlah larangan Allah dan buatlah apa yang Allah suruh.


Tuesday, January 24, 2012

Ingin berubah...

Allahuakhbar…

“Terasa ingin berubah…”

Baru je lepas baca blog seorang sahabat, yang ingin berubah, yang dah tak nak tulis perkara sia-sia. Agak jealous sebenarnya tengok dia, walaupun blog dah berubah still dapat kekalkan gaya writing yang sempoi, cool.. tak macam blog aku yang plain ni.

Tapi betul la, setiap manusia tu lain-lain potensi dia. Dan aku walaupun berbekalkan dengan blog yang plain ni, InsyaAllah akan tetap berusaha untuk berpegang kepada amanat nabi “Sebarkanlah daripada ku walaupun hanya satu ayat.”

Dan aku sekarang ni pun tengah berusaha untuk menjaga hati. Dah tak nak letak ayat-ayat orang putus fius dekat facebook dan blog ni.

Mudah-mudahan dipermudahkan Allah..Amin…

Wednesday, January 18, 2012

Bersabarlah..


“Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan & dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan & memberi mereka rezeki” – al Hadis

Setiap kali teringat hadis ni, mesti tersenyum sebab rasa tersindir…

Tuesday, January 3, 2012

Apa itu CINTA???

Apa itu CINTA???

Tentu ramai yg belum tahu apa itu makna CINTA.. Jadi mari kita dengar penjelasan CINTA yg didefinisikan oleh Ustaz Kazim Elias.. Jom dengar..



Apa itu Cinta...???

"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:
"Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu"
"Sebab apa Abang"
"Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam" sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..
"Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah."

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

"Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?"
"Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..
"Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin"
"Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku."

Aku tak mau kahwin sebab itulah..
Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.
Itulah dinamakan CINTA.


p/s: CINTA TAK SEMESTINYA BERAKHIR DI GENGGAMAN TANGAN TOK KADI...