Pages

Monday, March 12, 2012

Kalau dulu...

Kalau dulu waktu kecil, sangat suka pergi sekolah sebab dapat jumpa kawan-kawan. Kalau demam sekalipun mesti merengek nak pergi walaupun mak marah.

Tapi sekarang, bila dah besar. Sangat malas nak pergi kelas. Merungut sendiri atas katil bila tengok esok dah hari Isnin. Aigoo… when did I change into this pun I don’t know. Haha… how I wish to stay as a kid forever.

Friday, March 9, 2012

untitled v

Oh..Mungkin bila kita bertemu 
Berdebar-debar perasaanku
Separuh gila memikirkanmu
Saat pertama terpisah jauh

Wednesday, March 7, 2012

Bila Malas Pergi Majlis Ilmu

Baru je lepas blogwalking ke blog seorang teman and dia ada post pasal bila malas pergi majlis ilmu.. Lepas je baca post ni terus aku agak terasa di situ. Terasa yang terasa punyalah teramat sangat.

"Wahai orang-orang yg beriman! apabila dikatakan kepadamu,
"berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah,
niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.... Dan Allah Maha Teliti
apa yang kamu kerjakan"
(Surah Al-Mujadalah ayat 11)

To be honest, aku dah lama tak pergi majlis ilmu walaupun sekadar ta’lim. Yang last aku pergi sebelum forum Ustaz Hasrizal minggu lepas ialah ta’lim waktu ramadhan dekat permata tahun lepas. Lama sangat kan? Haha… yang forum Ustaz Hasrizal tu pun aku rasa aku pergi sebab Acap suruh aku baca doa, kalau tak mungkin tak nampak bayang pun kat dewan kuliah tu.

Entahlah, sekarang ni aku rasa macam ada something yang missing dalam diri aku. Aku rasa empty deep inside. Mungkin jugak semenjak aku keluar bale, aku banyak habiskan masa aku dengan benda-benda lara, tengok drama, anime, variety show sampai almost 24 jam sehari. Betullah kan, bila hati dah mula hitam, kita akan rasa payah sangat nak buat amal.

Tapi itulah, dekat Sukawening ni takde pengisian macam dekat Mulana ataupun Bale. Yang lelaki Melayu dekat sini boleh bilang pakai jari je berapa orang dan aku.. aku bukanlah jenis orang yang pandai nak ajak orang lain walaupun housemate aku sekali untuk buat pengisian sendiri. Dan Mulana serta Bale terasa sangatlah jauh untuk kaki ini melangkah untuk join sekali pengisian diorang walaupun hanya seminggu sekali.

Ya Allah, rasa bersalah sangat.


P/S : Kalau korang ada nampak aku ni macam dah lalai, tegurlah aku ek.. Aku ini hanyalah seorang lelaki yang masih mencuba mencantum carik-carik iman di dada.

Sonnet 18

Shall I compare thee to a summer’s day? 
Thou art more lovely and more temperate: 
Rough winds do shake the darling buds of May, 
And summer’s lease hath all too short a date:

Sometime too hot the eye of heaven shines, 
And often is his gold complexion dimm’d; 
And every fair from fair sometime declines, 
By chance, or nature’s changing course untrimm’d; 

But thy eternal summer shall not fade, 
Nor lose possession of that fair thou ow’st, 
Nor shall death brag thou wander’st in his shade, 
When in eternal lines to time thou grow’st; 

So long as men can breathe, or eyes can see, 
So long lives this, and this gives life to thee.

~William Shakespeare~

“Tu Facebook tu. Yahudi jugak. Kau tak boikot pun.”

Palestine Will Be Free – Maher Zain berbunyi daripada laptop yang dipasang oleh Zaki. Dia dengan Adib tengah lepak-lepak dibilik setelah sudah solat Asar.

“Kau baca tak berita semalam?” Adib tiba-tiba bertanya. Dia sedang berbaring di atas katil sambil tangan di silangkan ke belakang kepala.

“Tak pun. Kenapa? Ada benda menarik ke?” Zaki angkat kening. Dia yang sedang sibuk berfacebooking mengalihkan pandangan kepada Adib.

“Semalam keluar berita fasal kapal Mavi Marmara yang hantar bantuan ke Palestin kena serang dengan Israel. Lebih kurang 30 orang sukarelawan cedera.”

“Ya Allah.. sampai macam tu sekali. Tak habis-habis masalah yang Israel buat.”

“Tu la. Aku geram betul la bila baca berita tu semalam. Rasa macam nak pergi je Palestin sana, nak berjihad sekali.”

“Ehm.. bagus la kalau kau fikir macam tu. Kau waras lagi la kira, sebab Rasulullah pernah cakap, seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Riwayat Bukhari dan Muslim tak silap. Tapi tak semestinya kalau nak tolong saudara seagama kita dekat sana kita dengan cara berperang jugak. Boleh je pakai cara lain.”

“Ye ke? Tak tahu pulak aku. Camne?”

“Salah satu cara adalah dengan boikot barangan Yahudi. Okey, mungkin kau akan cakap kalau setakat kita seorang je yang boikot tapi orang lain tak boikot pun tak guna jugak kan? Itu pun betul jugak tapi at least nampak la sikit usaha kita untuk nak tolong saudara kita kat sana. Contoh macam McD dengan KFC la, selalu sangat orang kita makan dekat sana tanpa fikir sumbangan yang kita bagi dekat Yahudi. Cuba bayangkan duit yang Yahudi dapat daripada kita umat Islam sendiri akan digunakan untuk beli peluru buat tembak anak-anak Palestin. Tak ke sedih macam tu? Jangan sampai dekat akhirat nanti rakyat Palestin akan dakwa kita depan Allah sebab tolong Yahudi.” Panjang lebar Zaki bersuara.

Senyap. Berkerut dahi Adib cuba menghadamkan apa yang Zaki cakap. “Tapi kalau setakat kita seorang dua je yang boikot, macam takde kesan je pun. Ramai lagi yang beli barang-barang Yahudi tu semua.”

“Memang la. Tapi kita  kena ingat usaha yang kecil boleh menghasilkan usaha yang lebih besar. Sebab tu kena bermula daripada kita dulu sebelum kita nak ajak orang lain. Lagipun dekat akhirat kelak, Allah pasti akan persoalkan setiap satu sen harta yang kita ada. Kemana digunakan? Dan kalau harta yang kita gunakan itu kita buat untuk sokong Yahudi walaupun cuma satu sen dan Allah dakwa kita untuk satu sen yang itu camne?”

“Tu Facebook tu. Yahudi jugak. Kau tak boikot pun.” Adib masih lagi menyoal.

Sengih. “Kau ingat lagi tak malam yang kita ada usrah kat rumah abang Faez? Afham kan ada tanya boleh tak kita pakai Facebook walaupun kita tahu Mark Zuckenberg tu Yahudi.”

“Aha.. tapi aku tak faham sangat la apa yang abang Faez cakap. Dia cakap boleh je tapi kena la guna untuk kebaikan sebab zaman sekarang memang payah kalau tak nak guna.”

“Macam ni. Maksud abang Faez kat situ, memang payah kalau zaman sekarang ni tak nak pakai Facebook. Nak contact dengan kawan-kawan lama pun payah. Aku dulu pun pernah jugak delete akaun Facebook aku, tapi aku buat baru sebab payah nak contact kawan-kawan lama. Kalau nak pakai handset je susah la. Tapi, kita boleh gunakan medium Facebook ni untuk dakwah contohnya. Kita tag artikel-artikel Islamic dekat semua orang. Tak pun setiap hari letak la status yang ada hadis atau ayat al-Quran ke. Ustaz Hasrizal sendiri ada cakap waktu dia guna Facebook dulu dia post at least 10 status sehari. At least dapat jugak ingatkan orang lain dekat Tuhan. Kita gunakan apa yang musuh guna untuk hancurkan kita untuk kebaikan kita. Ustaz Azhar pun cakap benda yang sama. Kalau kita tak guna, nanti kita sendiri yang akan ketinggalan zaman. So, nak guna boleh tapi biar berpada la. Jangan sampai 24 jam menghadap benda tu je.”

“Tapi payah la, kau tengok jela status yang bebudak ni selalu letak. Ntah pape je la. Aku pun tak sanggup nak baca.”

Senyum. Zaki tepuk bahu Adib. “Memang la bro. sebab tu kena bermula dengan kita yang tahu ni. Mudah-mudahan bebudak ni boleh dapat hikmah daripada apa yang kita buat.”

Muka Adib berkerut seribu seperti sedang berfikir sesuatu.

Zaki ketawa. Muka dah macam orang fikir masalah negara pun ada aku tengok dia ni. “Wei.. dah la, jom turun riadah. Aku dah lama tak keluar peluh ni. Nanti kita discuss lagi fasal ni. Tak payah la buat muka serius sangat. Takut aku tengok.”

“Huih.. ada aku tak serius. Ni bukan masalah negara dah ni. Masalah umat pun ada ni.”

“Ye la. Sebab tu kita kena mulakan kalau kita betul-betul prihatin. Dah..dah.. jom turun.”

“Ye la. Tunggu aku kejap. Aku nak pergi tukar baju.” Adib cepat-cepat beredar.

Sunday, March 4, 2012

Nafsu Mata

Kata orang cinta itu dari mata turun ke hati dan rasanya betullah sangat kenyataan itu.  Lantaran itu Rasulullah SAW mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia.

Pandangan adalah anak panah beracun dari anak panah iblis. Siapapun  yang menghindarkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan keimanan, yang ia temui rasa manisnya di dalam hati.” (HR Al Hakim)

Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu).” (HR Ahmad, Al-Tirmidzi dan Abu Daud)

Hakikatnya aku sering tewas dengan nafsu mataku ini, pantang saja terpandang perempuan cantik mesti akan segera dialihkan pandangan untuk melihat buat kedua kalinya. Walaupun akal mengatakan ini salah namun mata tetap bergerak menafikan akal. Aah… aku ini hanyalah insan yang lemah hatinya, insan yang masih jauh daripada tuhannya.

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan sebagian pandangannya dan hendaklah mereka menjaga kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An Nur: 30)  
                                                 
Kadang-kadang cemburu menerpa dada bila saja ternampak sang teman bermesra dengan si idaman hatinya. Namun jauh disudut hati aku masih berdoa agar Allah merahmati hubungan mereka. Dan aku… aku sendiri terfikir hendak berkahwin agar mudah aku mengawal nafsu, tetapi aku sedar kahwin ini bukan soal mudah. Kalau sekadar berkahwin dengan niat untuk mengawal nafsu, mungkinkah perkahwinan itu akan berjaya? Aaahh… aku resah sendiri.
Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian itu dan tanpa dimungkiri:
Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan.
Lidah itu berupaya berzina dan zinanya adalah perkataan.
Kaki itu berupaya berzina dan zina adalah ayunan langkah.
Tangan itu mampu berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu.”
(HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i dan Abu Daud)
Ya Allah, bantulah aku untuk mendekatkan diriku kepadaMu, Bukakanlah jalan-jalan ilhamMu kepada ku. Kasihanilah aku, bantulah aku.

Cantik, Izinkanlah aku menunduk…

Saturday, March 3, 2012

kUPINANG ENGKAU DENGAN AL- QUR'AN

Youtube walking n then found this video..Aku just tahu pasal kisah ada wanita yang menawarkan diri kepada Rasulullah sebagai isteri tapi tak tahu la pulak ada sambungan dia..