Pages

Thursday, March 28, 2013

And that’s how it has always been





It’s just the same old pattern. 

Looking back the way I am right now and before. It’s still the same. Never change.

No matter how many times I sigh or cry and say that I hate myself I still manage to overcome everything somehow.

So this time I also need to believe that in the end everything’s gonna be ok. And that’s how it has always been.

Smile.

Friday, March 15, 2013

“Kalau ada impian. Tuliskan.”



“Kalau ada impian. Tuliskan.” – Hilal Asyraf


Pernah tak lepas baca buku motivasi atau dengar pengisian yang menghairahkan jiwa terus jadi bersemangat hendak berubah. Lalu ditulis azam kita yang baru, apa yang hendak kita capai dan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut.

Tapi tak berapa lama lepas tu. Senyap. Diam. Longlai. Takde satu pun matlamat yang kita tulis tu yang kita buat. Azam hanya tinggal azam. Masih sama seperti yang semalam. Keep on repeating the same pattern.

Penat. Mengeluh. Marah dengan diri sendiri dan in the end kita ambil keputusan untuk tidur je. Tak nak buat pape dah.

“Aah..Biarlah, malas nak fikir dah. Aku tulis bukan aku buat pun baik aku tidur je.”

Senyum.

Jangan mengalah. Terus tuliskan matlamat anda. Terus lihat walau kadang menyakitkan bila tak mampu nak capai target atau tak mampu nak laksanakan apa yang kita tulis. Tetaplah lihat dan baca. Bacalah berulang kali, walau mungkin sekarang engkau masih belum buat, boleh jadi nanti engkau akan ada kekuatan untuk nak laksanakan juga perkara tu.

Jangan jadi seperti mereka yang sering berkata, “Alah..aku tulis pun bukan aku buat. Baik tak payah tulis.”

Kerana mereka ini adalah mereka yang sudah mengalah sebelum bermula. Yang tidak berani hendak bermula dengan sekadar menuliskan matlamat mereka. Dan kita walau sekadar menulis belum mampu melaksanakan. Inilah langkah pertama kita. Tetaplah diatas langkah yang sudah kita mulakan ini. Semoga kelak bisa berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah.

Suatu ketika Hanzhalah r.a. menemui Abu Bakar r.a., lalu berkata, “Abu Bakar, aku melihat keadaanku sebagaimana keadaan orang munafik.”

Abu Bakar bertanya, “Mengapa?”

“Bukankah ketika bersama Rasululullah s.a.w ruh kita menjadi lembut dan jiwa kita meningkat, tetapi jika kita meninggalkan beliau, keadaan menjadi berubah-rubah?”

Maka Abu Bakar berkata, “Mari kita temui Rasulullah s.a.w.”

Nabi s.a.w bersabda, “Andaikata keadaanmu sebagaimana ketika di hadapanku, nescaya para malaikat akan menjabat tanganmu. Tetapi, sesaat-sesaatlah.”

“Sesungguhnya iman seseorang di antara kalian akan kusut (lusuh) di dalam batinnya sebagaimana kusutnya pakaian, maka mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hati kalian.” (HR Thabrani dan Hakim)

-Dipetik daripada buku “Deadline Your Life – Solikhin Abu Izzudin”

 

Monday, March 4, 2013

Malaysia dan Abbasiyah. Semoga Tidak Sama.




Kerajaan Abbasiyah, sebuah kerajaan yang bertamadun. Lengkap dengan kelengkapan perang dan rakyat yang ramai, akhirnya dikalahkan oleh kerajaan Mongol yang tidak bertamadun ditengah kegemilangannya. Sejarah memalukan dalam tamadun Islam.

Dan kita lihat Malaysia sekarang ini, semoga tidak mengalami nasib yang sama. Allah.

Bila mana pemimpin dan rakyat diibaratkan seperti “kera diatas pokok yang ditiup angin sepoi-sepoi”. Berasa selesa dengan kemudahan dan keamanan yang telah dimiliki dan kemudian bila angin kencang datang tiba-tiba. Terus rebah menyembah bumi, tidak sempat berpaut lagi.

Ya Allah jatuhkanlah pemimpin yang zalim dan lemah. Gulingkanlah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan menindas hak orang lain. Angkatlah pemimpin yang adil. Pemimpin yang benar-benar mengamalkan Islam yang benar. Semoga IslamMu kembali tegak sehingga ke seluruh pelusuk alam. 

Allah. 

Selamatkanlah Malaysia. Selamatkanlah mereka yang sedang berada di Sabah. Dan kuatkanlah kami untuk bergelar syuhada. Andai itu yang engkau takdirkan. Semoga dapatlah kami bersama Saidina Hamzah, penghulu kepada segala syuhada di syurga sana.

Allahu Rabbi.