Pages

Monday, March 4, 2013

Malaysia dan Abbasiyah. Semoga Tidak Sama.




Kerajaan Abbasiyah, sebuah kerajaan yang bertamadun. Lengkap dengan kelengkapan perang dan rakyat yang ramai, akhirnya dikalahkan oleh kerajaan Mongol yang tidak bertamadun ditengah kegemilangannya. Sejarah memalukan dalam tamadun Islam.

Dan kita lihat Malaysia sekarang ini, semoga tidak mengalami nasib yang sama. Allah.

Bila mana pemimpin dan rakyat diibaratkan seperti “kera diatas pokok yang ditiup angin sepoi-sepoi”. Berasa selesa dengan kemudahan dan keamanan yang telah dimiliki dan kemudian bila angin kencang datang tiba-tiba. Terus rebah menyembah bumi, tidak sempat berpaut lagi.

Ya Allah jatuhkanlah pemimpin yang zalim dan lemah. Gulingkanlah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan menindas hak orang lain. Angkatlah pemimpin yang adil. Pemimpin yang benar-benar mengamalkan Islam yang benar. Semoga IslamMu kembali tegak sehingga ke seluruh pelusuk alam. 

Allah. 

Selamatkanlah Malaysia. Selamatkanlah mereka yang sedang berada di Sabah. Dan kuatkanlah kami untuk bergelar syuhada. Andai itu yang engkau takdirkan. Semoga dapatlah kami bersama Saidina Hamzah, penghulu kepada segala syuhada di syurga sana.

Allahu Rabbi.

0 comments: