Pages

Wednesday, June 26, 2013

Mengingkari sebagian syariah adalah kekafiran



“Beriman kepada sebahagian risalah dan mengingkari sebahagian yang lain itu juga kafir.” – Ibnu Taimiyah


“.....dengan mengatakan, “Kami beriman kepada sebahagian dan kami mengingkari sebahagian (yang lain),” serta bermaksud mengambil jalan tengah (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir tiu azab yang menghinakan.” (An Nisa, 4: 150-151)

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian (yang lain)? Maka tidak ada balasan (yang pantas) bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu selain kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari Kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah, 2: 85)


Source: al-Munthalaq – Muhammad Ahmad ar-Rasyid

Monday, June 24, 2013

hendak masuk ke tempat syaitan pun perlu dibayar



Ibrahim bin Adham, pernah suatu ketika beliau hendak masuk ke sebuah tandas, lalu diminta bayaran oleh si penjaga tandas. 

Langsung dia menangis sambil berkata, “Ya Allah, hendak masuk ke tempat syaitan pun perlu dibayar apatah lagi hendak masuk ke tempat para Anbiya dan siddiqin berkumpul.”

Sunday, June 23, 2013

Syarat untuk ke Syurga


Nabi s.a.w bertanya kepada para sahabat, “Adakah kamu hendak masuk ke dalam syurga.”

Lalu para sahabat menjawab, “Ya, Rasulullah.”

Kalau kamu hendak masuk ke dalam syurga kamu mestilah melakukan 3 perkara ini;
i)                    pendekkan angan-angan
ii)                   letakkan kematian di hadapan kamu
iii)                 malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu


*tak tahu diriwayatkan oleh siapa, sebab terdengar dekat radio. Huhu..